• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mawla Amin Bukan Warga Maghribi

oleh Mohd Arshad
27/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PBAPP Lakukan Operasi Pembenihan Awan Di Empangan Air Itam Dan Teluk Bahang
Share on FacebookShare on Twitter

RABAT – Teka-teki tentang status sebenar kewarganegaraan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed Amin Ouradji akhirnya terjawab apabila Maghribi mengesahkan individu itu bukan rakyat mereka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Morocco World News melaporkan Kementerian Hal Ehwal Luar di Rabat membuat pengesahan itu kepada Kedutaan Malaysia pada September lalu dan menjelaskan Mawla Amin yang dilahirkan dengan nama Habib Mohamed Amin Ben Sayed EL Idrissi El Hassani memegang dwikenegaraan, Perancis dan Algeria.

“Dia cuba mengambil kesempatan daripada reputasi sufi dan ulama di Rabat untuk memperdaya pengikutnya di Asia Selatan.

“Selain itu, dia juga tidak mempunyai hubungan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad di negara ini,” jelas kementerian itu lagi sambil menambah pihak berkuasa agama tempatan juga tidak menyokong ajaran atau aktiviti keagamaan yang dibawa olehnya.

Sebelum ini, terdapat kenyataan yang menjadi tular mendakwa Mawla Amin tiba di Maghribi buat pertama kali pada 30 Oktober 2006 dan pernah menetap di Paris, Malaysia, Indonesia dan Yemen.

Pada 2014, Mawla Amin berkahwin dengan wanita warga tempatan dan cuba menukar namanya.

Dia pernah mencetuskan kontroversi selepas mengaku sebagai jalur keturunan ke-38 Rasulullah untuk menarik pengikut mazhab pimpinannya.

SinarHarian-

Tags: kewarganegaraanMaghribiMawla Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Beri Keutamaan Selesai Permohonan Kewarganegaraan Anak Tidak Sah Taraf, Anak Angkat

KDN Beri Keutamaan Selesai Permohonan Kewarganegaraan Anak Tidak Sah Taraf, Anak Angkat

16/06/2024
0

NIBONG TEBAL : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes permohonan kewarganegaraan membabitkan kategori anak tidak sah taraf...

Gempa Bumi Di Maghribi: Malaysia Tawar Bantuan

Gempa Bumi Di Maghribi: Malaysia Tawar Bantuan

10/09/2023
0

Kuala Lumpur : Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menghubungi rakan sejawatannya, Menteri Hal Ehwal Luar Maghribi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd