• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ladang Babi Pulau Pinang Lepas Sisa Ternakan Ke Sungai Kulim Diarah Tutup – JPV

oleh Mohd Arshad
18/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ladang Babi Pulau Pinang Lepas Sisa Ternakan Ke Sungai Kulim Diarah Tutup – JPV
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sudah mengarahkan penternak babi di perkampungan Sungai Lembu di sini, yang disyaki melepaskan sisa ternakan hingga berlaku pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah menutup operasi ladang serta-merta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol, berkata arahan itu dikeluarkan selepas semakan mendapati ladang itu gagal memperoleh lesen secara sah untuk beroperasi.

“Oleh itu, JPV sudah keluarkan arahan kosongkan ladang, selain meminta jadual pergerakan babi dari ladang terbabit ke rumah sembelih.

“Jumlah babi di ladang ini banyak dan perlu dilaksanakan secara berperingkat, penternak juga didapati tidak mahu mengikut arahan yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, JPV akan mengambil tindakan selanjutnya mengikut enakmen sedia ada terhadap penternak berkenaan dan satu kompaun akan dikeluarkan,” katanya ketika diminta mengulas isu pelepasan sisa ternakan babi yang dikesan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah.

Fahmi berkata, Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) juga akan melakukan pemantauan di lokasi yang dilaporkan.

Terdahulu, JAS Kedah mengesan berlaku kegiatan melepaskan sisa ternakan babi disyaki dari ladang perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang yang menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab, dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu Jumaat lalu, sebelum pegawai penyiasat JAS Cawangan Kulim digerakkan bagi mengesan punca kejadian.

“Pemeriksaan lapangan yang dilakukan pegawai penyiasat meliputi kawasan hulu sungai berjaya mengesan aliran air hitam dari Sungai Air Merah mengalir masuk ke Sungai Kulim.

Sementara itu, Pengarah JAS Pulau Pinang, Norazizi Adinan, berkata pihaknya sudah turun di lapangan sejak semalam dan siasatan diteruskan hingga hari ini.

“Lima lokasi diambil sampel oleh pihak JAS Pulau Pinang dan jika aduan berasas, tindakan susulan termasuk tindakan perundangan akan dikenakan terhadap pemilik kandang babi itu.

“Semua pihak yang mempunyai kuasa perundangan akan diminta untuk mengambil tindakan mengikut kuasa masing-masing. JAS mempunyai kuasa terhad terhadap ladang ternakan kerana tiada kuasa khusus untuk pencemaran dari ladang ternakan,” katanya.

BHonline-

Tags: ladang babiPulau Pinangsisa ternakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

Next Post

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

Related Posts

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

18/10/2024
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik pengumuman pelaksanaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua yang dibentangkan dalam...

Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Meningkat

Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Meningkat

18/09/2024
0

BUTTERWORTH : Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Seberang Perai bertambah daripada tujuh kepada 11 susulan mangsa banjir...

Next Post
RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

'Saya Pelik... Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd