• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Garis 5 Fokus Hadapi Tahun 2024 – Zambry

oleh Mohd Arshad
06/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Adik Taib Mahmud Dakwa Keluarga Tidak Tahu Keadaan Bekas Yang di-Pertua Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggariskan lima fokus utama merangkumi 20 landasan bagi menghadapi tahun 2024.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pelaksanaan kesemua fokus itu melibatkan keseluruhan ekosistem dalam KPT dan bukan kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semata-mata.

“Lima fokus utama itu adalah pertama, penyediaan bakat terbaik negara; kedua, pengukuhan ekosistem penyelidikan dan
inovasi; ketiga, pelaksanaan pendekatan baharu program pemindahan dan perkongsian ilmu;

“Manakala, yang keempat iaitu pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan terakhir sekali, pemantapan ekosistem pemboleh daya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPT, di sini, hari ini.

Zambry berkata, bagi menjayakan matlamat tersebut ia memerlukan keterlibatan warga KPT di setiap jabatan, agensi dalam KPT, warga IPT dan rakan strategik termasuk industri serta kementerian dan agensi kerajaan lain.

Sementara itu, Zambry mengingatkan warga KPT supaya mengubah budaya kerja work in silo dan menganjak mentaliti I
kepada We.

Beliau menjelaskan, warga KPT menggalas beban tanggungjawab berat terhadap masyarakat dan disebabkan itu tanggungjawab bersama harus dilunas dan dituntaskan menerusi gerak kerja berpasukan dengan prinsip kolaborasi, koordinasi dan kerjasama.

“Tidak kira siapa anda, sama ada pengurusan tertinggi, para pensyarah, kakitangan bukan akademik, staf sokongan, para pelajar, ibu bapa, alumni dan rakan-rakan strategik
pendidikan tinggi negara, sahutlah suara ini.

“Suara untuk bergerak sebagai satu pasukan dan berdasarkan kepada collaboration, coordination, dan cooperation,” ujarnya.

Tambah beliau, hakikatnya kerja berpasukan dalam suatu ekosistem penyampaian perkhidmatan menerusi Kementerian ini menuntut kebersamaan dan kesatuan pemikiran, kesatuan hati dan kesatuan tindakan, sebagaimana diungkap oleh pemikir dan failasuf Malek Bennabi, ketika beliau melihat bagaimana sebuah kualiti sesebuah masyarakat itu dapat mampu menggerakkan satu perubahan secara bersama.

MalaysiaGazette-

Tags: 2024fokusIPTKPT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adik Taib Mahmud Dakwa Keluarga Tidak Tahu Keadaan Bekas Yang di-Pertua Negeri

Next Post

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

Related Posts

KPT Serah Kepada Polis Siasat Kes Pelajar IPT Ditahan Bersama Ganja

KPT Serah Kepada Polis Siasat Kes Pelajar IPT Ditahan Bersama Ganja

16/11/2024
0

KANGAR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes melibatkan empat pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang ditahan...

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

19/10/2024
0

MANJUNG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan baharu kadar yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada kumpulan...

Next Post
Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd