• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Spanco: Muhyiddin Beri Penjelasan

oleh Mohd Arshad
24/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ammar Diturunkan Pangkat Kerana Prestasi Kerja, Bukan Dipecat – King Sing
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Khamis lalu, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya sudah merakam percakapan bekas Menteri Kewangan terbabit dalam kontrak Spanco Sdn Bhd (Spanco) bagi tempoh 2020-2021.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menjelaskan kes perolehan membabitkan syarikat membekal dan mengurus kenderaan kerajaan itu ketika ini masih dalam siasatan dan akaun berkaitan masih dibekukan, tambahnya, ramai sudah dipanggil memberi keterangan.

Azam juga dilaporkan berkata, siasatan kes Spanco kini menjurus kepada kontrak pemerolehan antara 2020 hingga 2021 dan SPRM sudah merakam percakapan Menteri Kewangan ketika itu, selain tidak menolak kemungkinan prosiding sama ke atas bekas Perdana Menteri tempoh sama.

“Kita serah kepada pegawai penyiasat jika ada keperluan memanggil bekas Perdana Menteri itu untuk memberi keterangan,” kata Azam.

Pada 20 Januari lalu, media melaporkan SPRM melakukan serbuan kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan dengan memanggil lebih 20 individu dan sudah membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu yang berkaitan dalam kes itu.

Pada 5 Februari, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyifatkan kontrak perolehan Spanco hanya merugikan negara dan tidak menyenangkan menyenangkan penjawat awam yang menggunakan kemudahan berkenaan.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau terbabit dalam salah laku berhubung pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan kepada Spanco.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden BERSATU itu menyifatkan dakwaan mengaitkannya dalam isu itu sebagai tohmahan jahat yang berlegar di media massa dan media sosial tanpa butiran lengkap bagaimana beliau terbabit dalam perkara dan salah laku berkenaan.

“Samalah seperti tuduhan saya menyeleweng wang negara bernilai ratusan bilion ringgit, yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan. Saya sudah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan rasuah berkaitan projek Jana Wibawa.

“Rayuan pendakwaan akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 28 dan 29 Februari ini. Saya berdoa semoga mendapat keadilan di mahkamah,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Turut menyifatkan dakwaan itu sebahagian siri ‘pembunuhan watak’ dibuat oleh musuh politik untuk menjejaskan reputasinya, Muhyiddin percaya, kerajaan mempunyai maklumat mengenai kontrak Spanco.

“Saya percaya maklumat mengenainya ada di Kementerian Kewangan. Perlu didedahkan juga ialah tarikh bila kontrak tersebut diberikan kepada Spanco. Janganlah membuat tuduhan melulu terhadap saya.

“Sebagai Perdana Menteri antara Mac 2020 dan Ogos 2021, saya tidak terbabit dalam sebarang pemberian kontrak kerajaan yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

BHonline-

Tags: Kes SPANCOmuhyiddinSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Bersatu Kekal PN, Muhyiddin Nafi Wujud Hubungan Rapat Dengan PH

Bersatu Kekal PN, Muhyiddin Nafi Wujud Hubungan Rapat Dengan PH

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mewujudkan hubungan rapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd