Saturday, November 2, 2024

Creating liberating content

Pemain Terbaik Siri Jelajah...

KUALA LUMPUR - Program Siri Penjelajahan Klinik Latihan AirAsia-Queens Park Rangers (QPR) beri...

Nga Kor Ming Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan dipanggil ke Bukit...

Saiful Terima Baik Keputusan...

PUTRAJAYA - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima...

Yang Di-Pertuan Agong Pakaikan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Kastam Kedah Gagalkan Cubaan Seludup 5,000 Botol Air Zam Zam

ALOR SETAR : Siasatan lanjut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah lori kontena yang sarat membawa kotak mengandungi bahan pelembut pakaian menemui botol air zam zam tanpa permit yang cuba diseludup ke negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah JKDM Kedah, Nor Izah Abdul Latif, berkata pegawainya menemui 5,000 botol air zam zam dengan anggaran 25,000 liter bernilai RM1.3 juta termasuk cukai dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Selasa lalu.

Beliau berkata, semua air zam zam dengan masing-masing bersaiz lima liter itu dipercayai disorok di bahagian depan kontena, manakala di bahagian belakang diletakkan botol pelembut pakaian untuk mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, rampasan dilakukan ketika pihaknya memeriksa sebuah lori kontena dinaiki dua lelaki warga Thailand berusia 59 dan 20-an kira-kira 11 malam.

Beliau berkata, kedua-duanya yang tidak fasih berbahasa Melayu juga dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum pihaknya melakukan pemeriksaan lanjut dalam kontena itu yang disusun dengan kotak mengandungi botol pelembut pakaian.

“Pemeriksaan menemui barangan yang tidak diikrar iaitu botol air zam zam dalam kontena berkenaan.

“Berikutan itu, pemandu dan kelindan lori terbabit bersama kontena dibawa ke Stor Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati lori kontena itu didapati memasuki negara ini melalui ICQS dengan mengikrarkan dagangan sebagai botol pelembut pakaian menggunakan borang Kastam 1,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Kedah, di sini, hari ini.


Nor Izah berkata, berdasarkan kenyataan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada pengedar atau syarikat di negara ini diberikan lesen bagi import dan penjualan air zam zam.

“Kita juga meragui ketulenan air zam zam ini memandangkan Arab Saudi tidak mengeksport air zam zam ke dalam pasaran.

“Kita percaya botol pelembut yang diikrar itu hanyalah sebagai ‘dummy’ untuk mengaburi pihak kastam dan disusun penuh di pintu kontena untuk menyukarkan pegawai memeriksa keseluruhan dagangan yang terdapat di dalam kontena itu.

“Air zam zam ini dipercayai diseludup dari negara jiran untuk mengelak daripada cukai, malah pihak KKM juga tidak mengeluarkan sebarang permit import air zam zam ini,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati kesemua botol air zam zam ini dipercayai mahu dihantar ke sebuah syarikat makanan di Jitra.

Katanya, air zam zam adalah barangan yang diklasifikasikan sebagai barangan larangan import.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori