• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Biar Kenderaan Plat Asing Beli RON95 – Fuziah

oleh Mohd Arshad
08/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) memberi amaran kepada semua pengusaha stesen minyak di seluruh negara supaya tidak membenarkan kenderaan bernombor pendaftaran asing membeli RON95.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, pengusaha stesen minyak sepatutnya bertindak melarang pembelian tersebut.

Tegasnya, tindakan boleh diambil oleh pihak KPDN sekiranya pengusaha gagal mematuhi arahan dan mereka perlu membuat laporan jika ada perbuatan sedemikian.

“Jadi, operator stesen minyak harus melarang kenderaan warga asing (yang menggunakan kenderaan) nombor plat asing daripada membeli RON95 di stesen minyak mereka.”

“Tindakan itu seharusnya dibuat dan kalau tidak melarang? mereka boleh dikenakan tindakan oleh KPDN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan harga barang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 di Pasaraya Nirwana dekat sini pada Khamis.

Sebelum ini, tular satu rakaman di laman sosial berhubung tindakan warga asing yang dikatakan menggunakan minyak RON95.

Fuziah bagaimana menjelaskan KPDN memuji tindakan netizen yang merakamkan dan tular video terbabit.

Jelasnya, namun masyarakat perlu membuat aduan kepada KPDN bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil.

“Tindakan pengguna mengambil video itu bagus dan memviralkan (tular) itu mungkin membantu rakyat lain sedar bahawa itu satu kesalahan.

“Tapi, kalau kita hendak cepatkan lagi tindakan yang diambil, saya cadangkan salurkan juga kepada aduan KPDN, sebab kadang-kadang kita mungkin terlepas pandang dan lambat kita nak mengambil tindakan apabila ia tular,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai tinjauan harga, Fuziah berkata, sebanyak 1,607 pemantauan telah dilaksanakan KPDN bersempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 bermula 6 hingga 14 Februari ini.

Jelasnya, setakat Rabu, tiada sebarang kompaun atau denda telah dikeluarkan.

“Seramai 2,200 pegawai penguatkuasa dan sekitar 900 pegawai yang memantau harga barang maksimum musim perayaan telah turun padang bermula 6 Februari lalu di seluruh negara.

“Sebanyak 11 barang yang disenaraikan sebagai harga maksimum itu perlu diletakkan label berwarna merah jambu. Setakat pemantau dilakukan, peniaga memberikan kerjasama dan mengikut apa yang telah ditetapkan,” katanya.

Fuziah memberitahu, tempoh pelaksanaan skim itu selama sembilan hari iaitu empat hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan empat hari selepas perayaan.

SinarHarian-

Tags: KenderaanKPDNplat asingRON95
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BUDI95: Aduan Liter Tak Sepadan Bayaran Tak Benar, Kata KPDN

BUDI95: Aduan Liter Tak Sepadan Bayaran Tak Benar, Kata KPDN

30/10/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima sembilan aduan berkaitan BUDI MADANI RON95...

Subsidi Bersasar Petrol Guna Pelbagai Mekanisme, Bukan MyKad Semata-mata – Armizan

Subsidi Bersasar Petrol Guna Pelbagai Mekanisme, Bukan MyKad Semata-mata – Armizan

21/09/2025
0

PENAMPANG: Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran, dan bukan bergantung pada penggunaan MyKad fizikal semata-mata, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd