• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Wilayah Persekutuan Cipta Rekod Susunan Terpanjang Kenderaan

oleh Mohd Arshad
04/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
41 Pendatang Lolos Berjaya Ditahan Semula
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Jabatan Wilayah Persekutuan mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Program Susunan Terpanjang Kenderaan @50WP dengan penglibatan 644 kereta disusun sepanjang 3.351 kilometer (km), di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Susunan terpanjang kenderaan dengan bendera Wilayah Persekutuan di jajaran jalan Presint 2, 3 dan 4 itu bermula dari persimpangan Kementerian Kewangan dan berakhir di Lingkaran Gemilang.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, pelbagai jenis kenderaan terdiri daripada kenderaan persendirian, persatuan kenderaan, kenderaan milik agensi kerajaan dan swasta terbabit dalam program itu.

“Antara kenderaan yang terlibat dalam rekod ini adalah seperti motosikal, kereta kompak, kereta sedan, supercar, SUV, MPV dan limosin yang mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan.

“Ia sebagai rasa bangga di samping mengekspresikan rasa cinta serta sayang terhadap Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sijil pengiktirafan MBOR itu diberikan oleh pegawai MBOR Siti Hajar Johor kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Mengulas lanjut, Fadlun berkata, kerjasama erat antara agensi kerajaan, swasta dan komuniti Wilayah Persekutuan dalam mencapai misi mencipta rekod di peringkat negara melambangkan kejayaan dan kecemerlangan Wilayah Persekutuan.

“Ini dapat memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan dan perpaduan sejagat,” katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta, N Rasenthran, 56, berkata, dia berasa bangga kerana menyertai program ini dan dapat mencatatkan rekod dalam MBOR.

“Saya berasa bangga kerana menyertai susunan terpanjang kenderaan di Putrajaya ini sempena 50 tahun penubuhan Wilayah Persekutuan.

“Ia juga merupakan kali pertama saya menyertai program seperti ini,” katanya yang merupakan seorang peniaga.

Jurujual kereta, DC Chang Jia Jun, 25, berkata, dia menyertai program ini atas rasa tanggungjawabnya sebagai anak Malaysia.

“Saya berasa gembira dengan penyertaan ini, ia dapat mencatatkan rekod dalam MBOR,” katanya.

HarianMetro-

Tags: Jabatan Wilayah Persekutuansusunan kenderaanterpanjang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

41 Pendatang Lolos Berjaya Ditahan Semula

Next Post

Datuk Dikaitkan Siasatan Promosi Keluarga Malaysia Sudah Dipanggil – SPRM

Related Posts

No Content Available
Next Post
Datuk Dikaitkan Siasatan Promosi Keluarga Malaysia Sudah Dipanggil – SPRM

Datuk Dikaitkan Siasatan Promosi Keluarga Malaysia Sudah Dipanggil - SPRM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd