• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pengampunan Najib: Jasa Kepada Negara Antara Asas Diambil Kira

oleh Mohd Arshad
05/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Pengampunan Najib: Jasa Kepada Negara Antara Asas Diambil Kira
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Asas Lembaga Pengampunan memutuskan untuk memberi pengurangan hukuman kepada Datuk Seri Najib Razak, antaranya dibuat atas sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri berkata, perkara itu diambil kira dalam perbincangan mesyuarat Lembaga Pengampunan termasuk kaedah lain yang diperincikan.

“Pertama, apa asas rayuan, selalunya memikirkan peranan dia, perjalanan hidup dia sebelum itu, peranan kepada keluarga dia, kehidupan di penjara, jasa dan khidmat dia, peranan kepada keluarga atau masyarakat dan dalam kes Najib, kepada negara.

“Jadi diberikan juga mengenai proses badan kehakiman, apa kesnya, apa hukumannya, kemudian kalau ada kes dalam proses, itu semua dijelaskan sebelum masing-masing (ahli lembaga) beri pandangan dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau dipersoal kenapa permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan dibincangkan terlalu awal sedangkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu baharu sahaja menjalani hukuman.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa sesiapa sahaja yang sudah dijatuhi hukuman boleh mengemukakan permohonan pengampunan.

“Saya mengakui tanggungjawab itu, jadi kenapa ditanya Perdana Menteri ambil sikap kemukakan rayuan Najib begitu awal, saya kata sebaik sahaja saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan.

“Mesyuarat pertama 9 Disember (tahun) lalu, saya hadir kerana saya masih bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan dan berikutnya (adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Dr Zaliha Mustafa,” katanya.

Beliau juga berkata, tidak wajar untuk menyalahkan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan kerana keputusan itu diputuskan oleh baginda.

Katanya, sesiapa sahaja tidak boleh menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampunan yang dipengerusi dan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Itu kena faham, ia bukan diputuskan Lembaga Pengampunan, kalau nak tanya, sila buat memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sementara itu, Anwar meminta supaya semua perbahasan, perbincangan dan pandangan berhubung isu Lembaga Pengampunan membabitkan Najib, dihentikan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman kepada Najib Razak dibuat atas pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya, keputusan Yang di-Pertuan Agong itu adalah muktamad dan dibuat atas pertimbangan baginda sebagai mercu keihsanan.

-Harian Metro

Tags: Isu Pengampunan Najib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KWSP Benarkan Ahli Guna Akaun 2 Beli Insurans Untuk Keluarga

Next Post

‘Bantu Polis Kesan Suspek Bunuh Zayn Rayyan Dapat Ganjaran RM20,000’

Related Posts

No Content Available
Next Post
‘Bantu Polis Kesan Suspek Bunuh Zayn Rayyan Dapat Ganjaran RM20,000’

'Bantu Polis Kesan Suspek Bunuh Zayn Rayyan Dapat Ganjaran RM20,000'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd