Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Benarkah Air Mani Boleh...

Sperma adalah cecair yang keluar dari zakar lelaki semasa ejakulasi. Sperma yang bertemu...

Cedera ‘Dikunyah’ Badak Air

NAIROBI - Seorang nelayan cedera ‘dikunyah’ badak air dalam serangan selama 10 minit...

Polis Tahan 5 Individu,...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu disyaki terlibat dalam...

Pengunjung Hotel Dirompak Wanita...

SEORANG lelaki yang menginap di sebuah hotel di Sibu, Sarawak diserang dan dirompak...

Denda RM25,000, Penjara 3 Tahun Menunggu Individu Jual, Promosi ‘Energy Stick’

KUALA LUMPUR: Siasatan awal Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati produk penyedut hidung atau Energy Stick yang dijual di negara ini bukan keluaran berdaftar, sekali gus membolehkan penjual didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jika sabit kesalahan kali kedua dan berikutnya, penjual boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Syarikat yang melakukan kesalahan sama boleh didenda sehingga RM50,000 kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“KKM telah menerima aduan awam berkait penjualan secara dalam talian produk berkenaan yang disyaki tidak berdaftar. Hasil siasatan awal mendapati keluaran terbabit bukan keluaran berdaftar.

“Ia perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) seperti peruntukan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Justeru, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan ke atas penjual yang dikesan menjual produk berkenaan,” katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memaklumkan, hasil saringan awal di platform e-dagang, KKM turut mengesan pengiklanan dan penjualan produk berkenaan oleh penjual tempatan dan luar negara.

“KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi akan mengambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya iaitu memastikan iklan-iklan produk terbabit diturunkan,” katanya.

Beliau menasihatkan pengguna agar memastikan produk kesihatan mempunyai pelekat hologram dan Nombor Pendaftaran Produk (MAL) sebelum membeli produk terbabit.

Status pendaftaran produk boleh disemak di laman https://www.npra.gov.my di ruangan Status Produk atau dengan menghubungi terus Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1-800-88-6722.

Selain itu, orang ramai boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store bagi tujuan semakan.


“KKM komited dalam melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam melalui pemantauan secara berterusan.

“Orang ramai turut digalak mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat mengenai penjualan produk-produk tidak berdaftar kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM,” kata Muhammad Radzi.

Aduan dan maklumat boleh disalur melalui laman https://www.pharmacy.gov.my atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di https://moh.spab.gov.my atau mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berdekatan atau talian 03-78413200.

“Aduan dan maklumat ini agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk seperti ini di pasaran,” katanya.

Terdahulu, Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) melahirkan rasa bimbang dengan penjualan Energy Stick, alat seperti vape atau rokok elektronik itu yang giat dipasarkan kepada orang dewasa termasuk pelajar sekolah.

Menegaskan produk berkenaan berbahaya dan menjadi ancaman kepada kesihatan awam, Presiden MPS, Prof Amrahi Buang menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengambil tindakan pantas dan tegas terhadap penjual yang mempromosikan produk itu.

“Penetapan harga dan pemasaran produk yang didakwa dijual pada harga serendah RM2.50 secara dalam talian menimbulkan kebimbangan serius kerana ia mudah diakses individu termasuk kanak-kanak,” katanya.

Rabu lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kementerian sedang mengenal pasti tindakan serta peraturan yang akan diambil terhadap penjual produk terbabit yang didakwa kononnya dapat memberi tenaga dan kesegaran kepada pengguna.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga sebelum ini meminta pihak sekolah dan ibu bapa memberi perhatian serius terhadap penggunaan atau pengambilan produk berkenaan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan pelajar.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan KKM dalam usaha mengekang penggunaan produk terbabit dalam kalangan pelajar.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori