Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Di Kelantan...

KOTA BAHARU - Kelantan mencatatkan penurunan kes denggi sebanyak 83 peratus kepada 1,746...

Malaysia Airlines Catat RASK...

KUALA LUMPUR – Perolehan bagi tempat duduk kilometer (RASK) Malaysia Airlines naik dua...

Polis Sarawak Terima 69...

KUCHING - Polis Sarawak menerima 69 buah motosikal awal tahun ini untuk diagih...

Jualan Jimat Belanja Aidilfitri...

PORT DICKSON - Program jualan khas seperti Jualan Jimat Belanja Aidilfitri (JJBA) di...

Buruh Dipenjara Cekik Isteri Sebab Tuduh Ada Lelaki Lain

MUAR: Seorang buruh yang baru selesai menjalani hukuman penjara berkaitan kes dadah, sekali lagi disumbat dalam penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencekik leher isterinya, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Chin Tong Choi, 44, berhadapan dua pertuduhan termasuk air kencing positif dadah jenis, dijatuhi hukuman penjara 17 bulan bagi kedua-dua pertuduhan selepas membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya berusia 42 tahun dengan kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Taman Arosa, Jalan Bakri di sini, 12.50 tengahari, 7 Februari lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Seksyen 326A pula, hendak dihukum bagi satu tempoh pemenjaraan dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan ke atas sabitan bagi kesalahan mengikut seksyen relevan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) yang dibaca bersama Seksyen 39B akta sama, kerana menggunakan methamphetamin dan amphetamin.

Berdasarkan fakta kes, berlaku perselisihan antara tertuduh dengan isterinya kerana menuduh wanita itu mempunyai lelaki lain.


Kemuncaknya apabila tertuduh hilang pertimbangan lalu mencekik leher isterinya sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Muar.

Bertindak atas laporan dibuat, polis pada hari sama cuba menahannya namun dia melarikan diri ke belakang rumah.

Kejadian itu menyebabkan mangsa menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini, dan mangsa disahkan mengalami kecederaan di leher.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Ariff Marzuki manakala tertuduh diwakili Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Selepas mengambil kira pengakuan salah tertuduh serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan bagi kes mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.

Bagi Seksyen 15 (1) (a), mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan serta pengawasan polis selama dua tahun.

Mahkamah juga memutuskan hukuman pemenjaraan bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan, 12 Februari lalu. Ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 11 bulan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori