• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Nafi Ringgit Jatuh Ke Paras 6.24 Berbanding Dolar

oleh AK-47
06/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
BNM Nafi Ringgit Jatuh Ke Paras 6.24 Berbanding Dolar
Share on FacebookShare on Twitter

Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan ringgit jatuh ke paras 6.24 berbanding dolar AS semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata angka itu disebabkan data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat yang diterbitkan oleh Google.

“Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menjelaskan tentang data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat, termasuk kadar USD/MYR, yang diterbitkan oleh Google pada 5 Februari 2024.

“Bagi USD/MYR, kadar pertukaran yang tidak tepat iaitu 6.24 telah dicatatkan melalui Google.

“Bagaimanapun, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi Ringgit adalah antara 4.7480 dan 4.7630 pada 5 Februari, seperti yang disiarkan di laman sesawang BNM,” kata kenyataan itu.

Bank Negara juga menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan mengelak daripada menggunakan sumber yang tidak disahkan sebagai rujukan untuk data pertukaran ringgit.

Semalam, media sosial kecoh apabila Ringgit didakwa menjunam ke paras terendah terbaru berbanding dolar AS.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan berkata kesilapan daripada Google itu boleh mengundang bahaya kepada ekonomi negara.

“Ini suatu yang sangat dikesalkan dan merbahaya kepada ekonomi negara kita.

“Kesilapan seumpama itu atas apa jua alasan tidak wajar dilakukan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

-Malaysia Kini

Tags: BNMDolar AS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd