Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Jumlah Kumulatif Kes COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,733 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, dengan Selangor kekal...

Buruh Mengaku Tidak Bersalah...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat seorang lelaki ketika...

Aksem Kedah Rampas 109...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kedah merampas 109 guni berisi...

Malaysia Perlu Bersedia Penularan...

SHAH ALAM - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara-negara rantau ini...

Agong Titah Speaker Dewan Rakyat Gantung 14 Hari Jika Ahli Parlimen Melampaui Batas

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara diingatkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, supaya mempamerkan teladan yang baik sepanjang persidangan Parlimen.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sultan Ibrahim menitahkan semua ahli Parlimen dan Dewan Negara supaya menjaga adab dan tatatertib, selain menggunakan pertuturan yang sopan.

Baginda turut memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melampaui batas, termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan selama 14 hari.

“Saya mahu ingatkan, Parlimen ini adalah tempat untuk penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat (YB) semua adalah penggubalnya.

“Adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat. Justeru, saya harap semua ahli akan menunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di Dewan ini.

“Jaga adab dan tatatertib serta gunakan tutur kata yang sopan, bukannya memaki hamun orang lain,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal; Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor dan Alice Lau Kiong Yieng serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sultan Ibrahim juga mengakui malu untuk menghadiri persidangan Parlimen sebelum ini, susulan tindakan dan pertuturan dipamerkan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


“Kalau tengok perangai ahli Dewan sebelum ini, saya pun rasa malu hendak masuk ke dewan ini. Kedua-dua dewan perlu menjalankan tugas dengan tegas untuk memastikan semua masyarakat mematuhi peraturan sepanjang tempoh persidangan.

“Saya berikan ‘green light’ kepada Speaker untuk mengambil tindakan kepada ahli yang melamapui batas, boleh kenakan ‘banned’ (selama) 14 hari jika ada yang masih berdegil.

“Oleh yang demikian, saya berharap semua ahli Dewan akan menunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini,” titah baginda.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menegaskan, titah baginda sempena istiadat berkenaan adalah lebih halus, berbanding ketika di Johor sebelum ini.

“Saya beri peluang supaya tiada yang tersinggung, tetapi berharap (ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara) akan lebih berjaga-jaga pada masa akan datang,” titah baginda.

Mengulas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, ia adalah tanggungjawab sama seperti Yang di-Pertuan Agong terdahulu, mengikut Perlembagaan, dasar dan peraturan ditetapkan.

“Kedudukan saya di sini, adalah bagi menjalankan tanggungjawab dan memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk memastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat akan sentiasa dipelihara.

“Justeru, saya meminta semua pihak, sama ada yang duduk di sebelah kanan (kerajaan) atau kiri (pembangkang), marilah kita bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat,” titah baginda.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori