Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Semangat!! Impian Si Kudung...

Akibat satu kecelakaan jalan raya dua tahun lalu, seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan...

Duterte Arah Musnahkan Abu...

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini, mengarahkan tentera memusnahkan kumpulan militan...

Chloe Moretz Akui Bercinta...

SETELAH sekian lama berteka-teki akhirnya pelakon remaja popular, Chloe Grace Moretz, 19, mengakui...

Sultan Ibrahim Berkenan Terima...

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap...

3,000 Pengunjung Saksi Fenomena Laut Terbelah Di Langkawi

LANGKAWI – Kira-kira 3,000 pengunjung tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena alam laut terbelah ataupun ‘sandbar walk’ di Tanjung Rhu, Langkawi, di sini pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Fenomena laut terbelah berlaku selama satu jam 15 minit bermula seawal 6.45 pagi selepas air laut surut sehingga 0.1 meter (m) di kawasan itu sebelum muncul beting pasir sepanjang 600 m di Pantai Tanjung Rhu.

Fenomena unik muncul sekali setahun itu membolehkan pengunjung berjalan sehingga Pulau Penyu, Pulau Kelam Baya dan Pulau Cabang.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, fenomena unik di Pulau Langkawi itu telah diketengahkan sebagai produk pelancongan sejak empat tahun lepas.

“Seramai 3,000 pengunjung terdiri penduduk tempatan dan pelancong sanggup datang seawal jam 6.30 pagi semata-mata menyaksikan sendiri fenomena air surut habis dan berjalan atas beting pasir sejauh 600 m.”

“Kejadian (beting pasir) ini dikatakan berlaku sejak lebih 19 tahun lalu, namun LADA mengambil inisiatif bekerjasama dengan sebuah hotel berhampiran dan mempromosinya sebagai aset pelancongan sejak empat tahun lalu,” katanya.


Beliau berkata sedemikian selepas membuat tinjauan fenomena alam itu pada Ahad.

Turut hadir, Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Muhammad Shuhaimi Abd Rahman mengesahkan air laut sekitar Langkawi surut pada paras 0.1 m selama dua hari pada awal pagi bermula Ahad.

Difahamkan, fenomena laut terbelah di Tanjung Rhu, di sini dijangka berulang semula bermula jam 7.30 pagi Isnin.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori