• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Bunuh Anak, Gagal Ganti Hukuman Mati Ke Penjara Seumur Hidup

oleh AK-47
17/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Warga Asing Bunuh Anak, Gagal Ganti Hukuman Mati Ke Penjara Seumur Hidup
Share on FacebookShare on Twitter

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan semula hukuman mati oleh seorang lelaki warga asing untuk menggantikan kepada penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh tiga anak perempuannya, pada 2002.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini merupakan kali pertama Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula hukuman mati selepas Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 berkuat kuasa tahun lepas.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai panel itu menolak permohonan Junaidi Bambang selepas memutuskan keadaan kes itu tidak mewajarkan mahkamah menggunakan budi bicaranya di bawah pindaan baharu undang-undang tersebut untuk menggantikan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

Panel itu turut dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Junaidi, 67, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 28 April 2005 atas kesalahan membunuh anaknya, Julaika, Julaiha dan Juriyanti yang masing-masing berusia dua, sembilan dan 11 tahun di kediaman mereka di Kampung Dusun Cini, daerah Pekan, Pahang antara 8 malam 27 Feb 2002 dan 3.30 petang keesokan harinya.

Lelaki itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang ditolak pada 12 April 2010 dan 8 Feb 2011.

Berdasarkan fakta kes, Junaidi tidak bersetuju dengan keputusan isterinya untuk membawa dua anak perempuannya tinggal di Melaka dan ini telah menyebabkan berlaku salah faham antara mereka. Pasangan itu mempunyai empat anak perempuan.

Junaidi mendakwa kakak iparnya yang isteri dan anak-anaknya tinggal di rumahnya di Melaka, mahu menjual anak perempuannya kepada sarang pelacuran.

Pada hari kejadian, isterinya pulang ke rumah dan mendapati pintu hadapan dikunci dengan mangga dan tiada reaksi daripada anak perempuannya apabila nama mereka dipanggil.

Dia kemudian memasuki rumah dari pintu belakang. Dia melihat Junaidi terbaring di dapur dengan mulut berbuih dan tiga anak perempuannya didapati terbaring di ruang tamu.

Terdahulu hari ini, peguam Junaidi Selvi Sandrasegaram meminta mahkamah menggantikan hukuman mati kepada penjara seumur hidup selama 35 tahun dengan menyatakan anak guamnya telah insaf dan berharap mahkamah dapat memberinya peluang untuk melakukan pembaharuan.

Beliau berkata Junaidi telah dipenjarakan selama 22 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari menggesa mahkamah mengekalkan hukuman mati itu dengan menyatakan ketiga-tiga anak lelaki itu telah dijerut dengan tali nilon.

-Malaysia Kini

Tags: hukuman matipenjara seumur hidupwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelarasan Tarif Air Tidak Beban Pengguna – Syarikat Air Darul Aman

Next Post

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

Related Posts

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

Bunuh Kevin Morais: Bekas Pakar Patologi Kekal Ke Tali Gantung, 2 Dipenjara, 3 Lepas Bebas

Bunuh Kevin Morais: Bekas Pakar Patologi Kekal Ke Tali Gantung, 2 Dipenjara, 3 Lepas Bebas

01/07/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas pakar patologi tentera kekal ke tali gantung, manakala dua lagi lelaki masing-masing dipenjara 35 dan 40 tahun oleh...

Next Post
Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd