• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Uganda Mengaku Salah Melacur, Tinggal Lebih Masa

oleh Mohd Arshad
22/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Wanita Uganda Mengaku Salah Melacur, Tinggal Lebih Masa
Share on FacebookShare on Twitter

Muar : Wanita warga Uganda dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan termasuk melakukan aktiviti persundalan di sebuah hotel di bandar ini, Selasa lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Nansubuga Catherine, 30, berhadapan dua pertuduhan membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibaca dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), dia didakwa tinggal lebih masa selepas pasportnya tamat pada 3 Jun 2017.

Hukuman bagi seksyen ini turut dibaca bersama Seksyen 15 (4) akta sama, iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Makamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan mengarahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayarnya.

Tertuduh berhadapan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel, di sini, pada 11.55 malam, 16 Januari lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 dan boleh dipenjara sebulan jika gagal membayarnya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Harian Metro

Tags: melacurWanita Uganda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Pasangan Jatuh Jambatan Pulau Pinang Disiasat Sebagai Cubaan Bunuh

Ibu Tiga Anak Didenda RM2,500 Kerana Melacur

16/01/2024
0

Melaka: Seorang wanita didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti pelacuran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd