• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Suarakan Kebimbangan Jika RUU Penggal Tetap Diwujudkan

oleh Mohd Arshad
16/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KESA FC Digantung, Disingkir Daripada Liga Terengganu
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangan sekiranya Rang Undang-undang (RUU) Penggal Tetap diwujudkan bagi mengekalkan kerajaan mentadbir negara sehingga tamat tempoh.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Antara kebimbangan disuarakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu ialah mengenai keadaan berlaku dalam negara sekiranya ditadbir pemimpin terlibat dengan rasuah, sedangkan tiada tindakan boleh diambil kerana terikat dengan undang-undang.

“Terdapat pendapat oleh pemimpin negara bahawa apabila sebuah kerajaan ditubuh, ia sepatutnya dibenar memerintah sehingga tamat edahnya. Dengan cara itu kerajaan menjadi stabil.

“Memanglah kestabilan baik untuk negara tetapi apa akan jadi apabila kerajaan dipimpin oleh seorang penjenayah yang secara terbuka mencuri duit dan menyalah guna kuasa kerajaan dengan memasuk dalam tahanan anggota parti lawan.

“Apa akan jadi apabila ekonomi rosak teruk sehingga rakyat mati kebuluran?

“Apa akan jadi jika rasuah menjadi-jadi? Sehingga segala urusan dengan kerajaan mengambil masa yang panjang dan bergantung kepada sogokan yang diberi,” ujarnya menerusi aplikasi X pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, jika kerajaan sedemikian diberi kuasa untuk kekal mentadbir sehingga tempoh lima tahun, ia dibimbangi menyukarkan proses memulihkan negara yang rosak itu.

Sebaliknya beliau berkata, jika demokrasi berjalan dengan baik, parti kerajaan sendiri boleh menjatuhkan pemimpin penjenayah dan penipu.

“Sebagai pengganti seorang pemimpin yang lurus dan berpegang kepada undang-undang akan dipilih untuk mengganti pemimpin yang bersifat perosak.”

“Jika parti tidak jatuhkan pemimpinnya yang perasuah dan penyamun, wakil-wakil rakyat boleh hentikan sokongan kepadanya,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan mencadangkan untuk mewujudkan satu RUU bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga akhir penggal, dibentangkan di Parlimen.

Menurut Ahmad Zahid, RUU itu penting bagi mengelakkan peristiwa terdahulu seperti pertukaran perdana menteri sebanyak tiga kali pada penggal Parlimen ke-14 berulang pada masa hadapan.

SinarHarian-

Tags: RUU PenggalTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KESA FC Digantung, Disingkir Daripada Liga Terengganu

Next Post

Penghantar Makanan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

Next Post
Penghantar Makanan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Penghantar Makanan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd