• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Nafi Agih Kuota Haji Kepada Pihak Swasta

oleh Mohd Arshad
25/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mangsa Banjir Terengganu Meningkat Kepada 2,105 Orang
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan pihaknya mengagihkan kuota tertentu kepada syarikat swasta atau Pengendali Jemaah Haji (PJH).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

TH dalam satu kenyataan berkata, dakwaan TH hanya mengendalikan 11,000 jemaah pada tahun ini adalah tidak benar kerana majoriti jemaah haji atau sekitar 70 peratus hingga 80 peratus adalah melalui Muassasah.

Katanya, orang awam diingatkan agar tidak menyebarkan berita palsu atau belum dipastikan kesahihannya yang boleh mencetuskan keresahan masyarakat.

“Sepertimana yang telah diketahui ramai, kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep ‘Mendaftar Dahulu, Didahulukan’ yang dilaksanakan sejak dari tahun 1995.

“Apabila bakal jemaah sudah terpilih di dalam kuota tahunan, mereka boleh memilih sama ada ingin menunaikan ibadat haji melalui TH (Muassasah) atau melalui syarikat-syarikat PJH yang telah dilesenkan oleh TH,” ujarnya pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, bakal haji yang memilih syarikat PJH adalah mereka yang berkemampuan untuk membayar lebih daripada kos haji bagi mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik daripada Muassasah.

“Apabila bakal jemaah sudah terpilih di dalam kuota tahunan, mereka boleh memilih sama ada ingin menunaikan ibadat haji melalui TH (Muassasah) atau melalui syarikat-syarikat PJH yang telah dilesenkan oleh TH.

“Syarikat PJH pula membuat bayaran kepada TH bagi setiap jemaahnya untuk perkhidmatan dan kemudahan di Tanah Suci termasuk bayaran wajib yang dikenakan oleh pihak Arab Saudi,” jelasnya.

TH turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita palsu yang tular di media sosial.

“Bakal jemaah haji Malaysia dinasihatkan untuk rujuk kepada platform media sosial rasmi TH bagi mendapatkan maklumat yang sahih, tepat dan terkini.

SinarHarian-

Tags: kuota hajiPihak SwastaTH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

18/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan proses tawaran haji musim 1447H/2026M lebih lancar dengan kuota yang diperuntukkan...

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

15/12/2024
0

ALOR SETAR : Kos mengerjakan haji untuk tahun depan sama ada meningkat atau kekal akan diumumkan Tabung Haji (TH) pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd