• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TERKINI: ‘Cebisan Kain Hampir Sama Pakaian Bella Pada Hari Kehilangan’ – Kakak

oleh Mohd Arshad
20/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Menteri Agama Akan Bincang Kemungkinan Naikkan Kadar Minimum Pendaftaran Haji
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT: Cebisan kain yang ditemukan pada rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah berkemungkinan besar pakaian dipakai Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang hilang pada 14 Disember lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kakaknya, Norhisham, 36, berkata adiknya itu keluar rumah pada jam 11.40 malam hanya memakai baju kelawar biru gelap sambil ditemani teman lelakinya.

“Kalau lihat pada cebisan kain ditemukan pada rangka, ia hampir sama dengan pakaian dipakai Bella pada malam kehilangannya.

“Namun, saya tidak boleh menghurai lebih lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan dan menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Apa-apa pun, kami berharap rangka itu bukan Bella, saya tidak boleh terima apa keseksaan yang ditanggung sepanjang tempoh kehilangannya,” katanya ketika ditemui.

Semalam, polis menemui rangka manusia bersama cebisan pakaian yang lusuh dalam rumah sewa terbiar pada jam 2 petang.

Penemuan itu susulan seorang suspek utama dipercayai teman lelaki Bella ditahan sebelum menunjukan lokasi itu.

Rangka itu masih belum disahkan milik siapa, namun ada kemungkinan besar ia adalah Bella berdasarkan maklumat suspek yang ke lokasi.

Wanita berkenaan dilaporkan menaiki sebuah kereta selepas keluarganya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah jirannya di Taman Soga, di sini.

Sehingga kini, Bella yang juga ibu tunggal kepada dua anak berusia dua dan empat tahun masih belum ditemui.

BHonline-

Tags: BellaCebisan Kain
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menteri Agama Akan Bincang Kemungkinan Naikkan Kadar Minimum Pendaftaran Haji

Next Post

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Related Posts

Siti Bainun Kekal Bersalah Abai, Aniaya Bella

Siti Bainun Kekal Bersalah Abai, Aniaya Bella

02/05/2024
1

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis,...

Lantikan Kontrak Perkhidmatan Awam Bersifat Sementara – JPA

Jenazah Bella Selamat Dikebumikan

24/01/2024
0

BATU PAHAT - Jenazah Allahyarham Mila Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam...

Next Post
TERKINI: ‘Cebisan Kain Hampir Sama Pakaian Bella Pada Hari Kehilangan’ – Kakak

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd