• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Mirzan, Mokhzani Pula Disiasat SPRM

oleh Mohd Arshad
26/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
AFC Iktiraf Kehebatan Faisal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Selepas Mirzan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu, kini tiba giliran seorang lagi anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani, dipanggil agensi siasatan sama hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, Mokhzani yang juga ahli perniagaan hadir ke ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 11 pagi tadi, dipercayai berkaitan notis pengisytiharan harta.

BH difahamkan, Mokhzani disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Semalam BH melaporkan, beberapa pihak dan individu tertentu dijangka menerima notis pengisytiharan mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM, dalam tempoh terdekat ini.

Azam yang mengesahkan perkara itu berkata, beberapa pihak akan menerima notis berkenaan untuk siasatan lanjut SPRM.

“Ya akan ada mereka yang menerima notis itu,” katanya.

Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis.

Selasa lalu, isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, didakwa di Mahkamah Sesyen kerana gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan harta.

Toh Puan Na’imah Khalid didakwa memberi satu pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November lalu yang dihantar kepada tertuduh oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu membabitkan dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd serta dua Mercedes Benz, selain lapan hartanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

SPRM juga mengesahkan sudah mendapat kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa Daim.

BHonline-

Tags: SPRMTan Sri Mokhzani
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AFC Iktiraf Kehebatan Faisal

Next Post

Bayi Ditinggal Di Kaunter Pertanyaan Hospital

Related Posts

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

02/07/2025
0

Kota Kinabalu: Pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki meminta dan menerima rasuah...

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

02/07/2025
0

Alor Setar: Dua individu termasuk seorang penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan dengan mencadangkan dan bersubahat dengan...

Next Post
Selepas Mirzan, Mokhzani Pula Disiasat SPRM

Bayi Ditinggal Di Kaunter Pertanyaan Hospital

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd