• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Sudah Tua, Tak Ada Duit Berbilion’ – Tun M

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekas Pengerusi PKM, Abdullah CD Meninggal Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: “Saya sudah tua, tak ada duit berbilion,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai tuduhan merasuah

Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, Dr Mahathir meminta supaya mereka yang menyebarkan dakwaan berkenaan mengemukakan bukti.

“Saya tanya Anwar (Perdana Menteri), dia kata saya ada berbilion ringgit, bila saya suruh dia tunjuk dekat mana duit itu, dia kata ada kotak ‘report’ kononnya saya ada duit.

“Tapi sampai sekarang dia tak boleh tunjuk. Saya tak ada duit macam mana saya nak sorok,” katanya kepada media ketika ditemui pada majlis solidariti untuk Gaza anjuran OKU Sentral di sini, hari ini.

Sebelum ini, di media sosial tersebar dakwaan Dr Mahathir merasuah YDPA antara RM500 juta hingga RM1 bilion.

Dr Mahathir menggesa pihaknya yang mempunyai bukti YDPA mengambil RM1 bilion daripada beliau untuk tampil.

Katanya, beliau kerap dilemparkan tuduhan memiliki wang yang banyak, namun sehingga kini tidak dapat dibuktikan.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan pihak pembangkang mempunyai angka mencukupi menumbangkan kerajaan hanya untuk menyorokkan kelemahan pembangkang yang kurang sokongan, beliau berkata setiap rakyat berhak menyuarakan pendapat mereka.

“Sekarang di Malaysia tiada siapa boleh bercakap apa-apa, kerajaan ini tidak bagi bercakap berkenaan bangsa, negara dan agama.

“Jadi apa yang kita boleh cakap, malah tak boleh melaporkan jika kerajaan tidak suka. Ini adalah ‘dictatorship’.

“Tak bagi orang bercakap kalau bagi kenyataan dicakap pula nak jatuhkan kerajaan,” katanya.

HarianMetro-

Tags: rasuahTun Dr Mahathir MohamadYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan perbuatan rasuah selagi menjadi...

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

05/11/2026
0

KOTA TINGGI - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan pagi di Hentian Rehat dan Rawat (RNR)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd