• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemansuhan Pencen: Jumlah Penjawat Awam Pasti Menyusut – PN

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ubah Suai Belakang Lori Seludup Diesel
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Keputusan pelaksanaan penjawat awam baharu berstatus tetap tidak berpencen dijangka bakal menyebabkan negara berdepan kekurangan penjawat awam dalam tempoh 10 tahun akan datang, menurut Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Razali memberikan contoh, ketika ini Kementerian Kesihatan mempunyai kira-kira 250,000 kakitangan awam dan beliau menjangkakan bilangan itu pasti akan menyusut.

“Ia kerana, bakal pembantu perubatan, bakal jururawat, bakal ahli farmasi dan x-ray serta bakal doktor lebih bersedia berkhidmat di klinik dan hospital swasta serta di luar negara.

“Kementerian Pendidikan mempunyai kira-kira 503,000 kakitangan terutama guru yang sentiasa berkorban demi anak bangsa tetapi bayangkan akan berlaku kekurangan bagi tempoh 10 tahun mendatang kerana tawaran kontrak dan tidak berpencen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Razali berkata, mengambil tanggungjawab yang semakin mencengkam ini, Perikatan Nasional (PN) bersedia dan bersama kira-kira 2.3 juta penjawat awam termasuk anggota pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), tentera dan polis menjadikan isu itu sebagai agenda nasional yang perlu dipertahankan secara bersama.

Semalam, Kabinet bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan yang baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebelum ini, perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi satu pekeliling yang dikatakan bakal mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

HarianMetro-

Tags: menyusutPemansuhan PencenPenjawat AwamPN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd