• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Kewangan Punca Pekerja Bunuh Majikan

oleh Mohd Arshad
04/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Masalah Kewangan Punca Pekerja Bunuh Majikan
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Perselisihan faham mengenai masalah kewangan dikenal pasti sebagai punca yang membawa kepada pembunuhan seorang wanita di sebuah kedai aksesori telefon bimbit di Taman Rasi Jaya, Menglembu, di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berusia 49 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian disyaki akibat ditikam lelaki berusia 54 tahun yang juga pekerjanya.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan kejadian 10.55 pagi tadi hasil maklumat awam dan punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham mengenai masalah kewangan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang mengusahakan kedai aksesori telefon bimbit berkenaan disyaki ditikam oleh pekerjanya itu, sementara teman lelaki mangsa yang juga saksi kes cedera.

“Suspek yang turut mengalami kecederaan dalam insiden itu berjaya ditangkap dan pemeriksaan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, teman lelaki mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi menerima rawatan.

“Penangkapan suspek bererti kes ini sudah berjaya diselesaikan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Permohonan tahanan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh, esok,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kes bunuhMasalah Kewangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd