• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Landasan Lapangan Terbang Haneda Dibuka Semula Selepas Nahas Pesawat

oleh Mohd Arshad
08/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Landasan Lapangan Terbang Haneda Dibuka Semula Selepas Nahas Pesawat
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO : Sebuah landasan di Lapangan Terbang Haneda Tokyo dibuka semula hari ini, selepas insiden perlanggaran antara pesawat penumpang Japan Airlines (JAL) dan pesawat Pengawal Pantai Jepun memaksa penutupan landasan itu, lapor Xinhua.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Landasan C, satu daripada empat landasan di lapangan terbang paling sibuk di negara itu dibuka semula selepas serpihan bangkai pesawat JAL dibersihkan, manakala kerja pembaikan selesai.

Penutupan Landasan C susulan nahas itu menyebabkan pembatalan lebih 1,200 penerbangan, menjejaskan lebih 200,000 penumpang semasa cuti Tahun Baharu yang sibuk, lapor Kyodo News.

Pesawat JAL berlanggar dengan pesawat Pengawal Pantai di Landasan C semasa mendarat pada 2 Januari dengan kedua-dua pesawat terbakar.

Kesemua 379 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan JAL berjaya diselamatkan tetapi lima daripada enam kru Pengawal Pantai terbunuh manakala juruterbang yang terselamat cedera parah.

Sementara itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Jepun Sabtu lalu menemui perakam suara kokpit daripada bangkai pesawat Japan Airlines (JAL) yang terbakar, menurut media tempatan.

Perakam suara adalah kunci untuk mengetahui punca nahas.

Perakam suara pesawat Pengawal Pantai dan perakam penerbangan kedua-dua pesawat telah pun ditemui.

-Berita Harian

Tags: Lapangan Terbang HanedaNahas Pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd