• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketukan Misteri Terus Hantui Penduduk Kampung Kepis Ulu

oleh Mohd Arshad
10/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Dakwaan PN Rasuah Agong, Ketua Pembangkang Lapor Polis
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH: Seolah ‘memprotes’ kisahnya yang disiarkan di akhbar ini, gangguan ketukan pintu di Kampung Kepis Ulu, dekat sini, mengganas malam tadi apabila sebanyak 12 rumah menjadi mangsa gangguan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berbanding malam sebelumnya hanya tiga rumah yang mengalami gangguan pada satu-satu malam, suasana di kampung berkenaan agak kelam-kabut malam tadi sehingga ke subuh.

Menurut wakil penduduk, Mohd Arshat Yusof, 66, setakat jam 12 tengah malam tadi sahaja, sebanyak enam rumah dilaporkan diganggu ketukan misteri berkenaan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ada keluarga yang minta dipindahkan ke rumah sepupu selepas diganggu bunyi ketukan misteri itu.

“Rumah berkenaan dihuni ibu tunggal bersama dua anak lelaki. Jadi mereka ketakutan selepas pintu rumah diketuk beberapa kali.

“Kita bantu bawa keluarga ini ke rumah sepupunya yang jauh dari situ, tapi agak mengejutkan kira-kira sejam duduk di situ, dia hubungi kami dan maklumkan yang rumah itu pula diketuk,” katanya.

Beliau berkata, ketukan misteri itu mula mengganggu penduduk seawal jam 10.48 malam pada Selasa dan berakhir sebelum azan Subuh kira-kira jam 6 pagi.

“Sebelum ini antara dua dan tiga rumah saja, tapi malam tadi nampaknya makin mengganas apabila 12 rumah yang diganggu.

Arshat berkata, sebuah rumah penduduk yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pintu rumahnya diketuk sebanyak 15 kali kira-kira jam 3 pagi dan apabila ditinjau memang tidak nampak apa-apa kelibat.

Keadaan itu, katanya, membuatkan mereka semakin yakin yang kejadian berlaku mempunyai kaitan dengan ilmu hitam.

“Saya pun ada tanya dengan seorang penduduk kampung yang mengamalkan perubatan tradisional dan dia memaklumkan besar kemungkinan ada kaitan dengan ilmu hitam,” katanya.

BHonline-

Tags: Kampung Kepis Uluketukan misteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd