• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Rumah Koo Ham: Molotov Cocktail Disahkan Mengandungi Petrol

oleh AK-47
21/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kebakaran Rumah Koo Ham: Molotov Cocktail Disahkan Mengandungi Petrol
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bukti utama molotov cocktail yang ditemui dalam kes kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, 10 Januari lalu disahkan memiliki bahan bakar berupa petrol.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan awal dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan bahan api itu digunakan sebagai bahan bakar.

“Maklumat berkaitan punca kebakaran ini telah diterima Khamis lalu, bagaimanapun surat laporan rasmi berhubung penemuan itu akan dihantar kepada polis dalam masa terdekat.

“Kes masih disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Beliau berkata, setakat ini, polis telah merakam keterangan 11 saksi dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek terlibat.

“Dalam perkara ini, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, hasil ujian makmal ke atas sampel yang diambil pihaknya didapati positif.

“Laporan makmal tersebut telah pun dihantar kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat susulan penemuan bahan letupan dipercayai molotov cocktail.

Susulan itu, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan di Shah Alam bagi membantu siasatan.

Lelaki yang direman selama enam hari itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dipanggil menjadi saksi sekiranya diperlukan dalam siasatan.

Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, pemimpin DAP tersebut bersama ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kebakaran hanya melibatkan kemusnahan sebuah kereta Mercedes Benz E300 dan kesan kepanasan kepada dua kenderaan lain iaitu jenis Honda CRV dan Toyota Hilux.

-Sinar Harian

Tags: Kebakaran Rumah Koo HamMolotov Cocktail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Godam Akaun Media Sosial, Menyamar Kenalan Untuk Pinjam Duit

Next Post

Kerajaan Negeri Sumbang 8,000 Kit Ujian Saringan Kanser Serviks

Related Posts

Lagi Pasar Raya KK Mart Kena Serang ‘Molotov Cocktail’

Lagi Pasar Raya KK Mart Kena Serang ‘Molotov Cocktail’

30/03/2024
1

KUANTAN : Sebuah lagi kedai serbaneka KK Mart yang baharu beroperasi dua minggu lalu di daerah ini, di sini diserang...

Isu Perbelanjaan Promosi Keluarga Malaysia: SPRM Ambil Keterangan Ismail Sabri

Rumah Ngeh Koo Ham Dilontar Molotov Cocktail

10/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kediaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang juga Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong...

Next Post
Kerajaan Negeri Sumbang 8,000 Kit Ujian Saringan Kanser Serviks

Kerajaan Negeri Sumbang 8,000 Kit Ujian Saringan Kanser Serviks

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd