• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kami Tak Pernah Nafi Miliki Aset Di Luar Negara’ – Isteri Daim

oleh AK-47
19/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Kami Tak Pernah Nafi Miliki Aset Di Luar Negara’ – Isteri Daim
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Isteri Tun Daim Zainuddin mempersoal laporan yang diterbitkan oleh sebuah portal berita berkenaan dokumen bocor mengenai simpanan luar pesisir yang dikatakan keluarganya mempunyai sehingga AS$52.5 juta (RM247.54 juta) aset setakat 2020.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, laporan itu dilihat seolah-olah bertujuan untuk memberikan tanggapan salah laku atau pemilikan harta yang diperoleh keluarganya secara haram.

Menyifatkan laporan itu sebagai hanya mahu meniupkan prasangka terhadap keluarganya, Na’imah berkata, laporan itu berselindung di sebalik sebuah penulisan berita.

“Dalam melaporkan sesuatu berita, mencemarkan nama baik seseorang dengan cara memuatkan tuduhan tersirat dan tanggapan tanpa disertakan bukti kukuh adalah salah serta tidak beretika.

“Malah, ia menjurus kepada pembunuhan watak (character assassination) dengan bertopengkan laporan berita. Kami tidak pernah merahsiakan fakta bahawa kami memiliki aset di luar negara yang merupakan hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan yang sah sebelum penglibatan Daim dalam arena politik pada 1984,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau dipercayai merujuk kepada laporan sebuah portal bahawa dana amanah luar pesisir itu ditubuhkan atas nama Na’imah dan dua anak mereka, Amir dan Amin, memetik dokumen yang diperoleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Malah, Na’imah turut mempersoalkan tindakan laporan itu diterbitkan sedangkan tiada sebarang elemen jenayah disebut di dalam berita terbabit.

“Hakikatnya, pengarang laporan itu tidak pun mencadangkan wujudnya elemen jenayah, justeru menimbulkan persoalan mengapa laporan sedemikian diterbitkan,” katanya.

Sebelum ini, Daim yang juga bekas Menteri Kewangan merupakan antara yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.

Siasatan ke atas Daim juga dijalankan SPRM susulan pendedahan berhubung kekayaannya dalam Kertas Pandora.

Dalam pendedahan itu, syarikat dan firma pemegang amanah yang dimiliki oleh anak-anak, isteri atau rakan perniagaan Daim bersama-sama memegang aset bernilai sekurang-kurangnya RM141 juta.

Disember tahun lalu, SPRM turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai di ibu negara yang dikatakan milik keluarga Daim.

-Sinar Harian

Tags: Aset Luar PesisirKes Daim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

13/03/2024
0

Pihak pendakwaan berhujah bahawa tiada jaminan isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin tidak akan melarikan diri, justeru mahkamah jenayah perlu...

Dituduh Tak Isytihar Harta, Daim Bayar Ikat Jamin RM280,000

Dituduh Tak Isytihar Harta, Daim Bayar Ikat Jamin RM280,000

29/01/2024
0

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin selesai membayar ikat jamin RM280,000 seperti ditetapkan Mahkamah Sesyen. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd