• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Majikan Kerana Berang Dimarahi Tidak Siapkan Kerja

oleh Mohd Arshad
01/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bunuh Majikan Kerana Berang Dimarahi Tidak Siapkan Kerja
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka: Tidak tahan sering dimarahi kerana gagal menyiapkan kerja, seorang buruh ladang sawit warga Indonesia bertindak kejam memukul majikannya dengan tukul hingga mati, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mangsa, Ong Kok Kim, 71, yang juga mualaf dipercayai dibunuh pada 22 Disember lalu, kira-kira 12.30 tengah hari sebelum mayatnya ditemukan disorok di sebuah pondok kebun sawit di Paya Rumput Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan dibuat anak lelaki mangsa berusia 39 tahun pada 2.48 petang Jumaat lalu selepas gagal menghubungi mangsa sejak 22 Disember.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis ke lokasi kejadian pada Sabtu lalu, kira-kira 1.20 tengah hari sebelum menemukan mayat mangsa di pondok berkenaan.

Katanya, hasil siasatan, polis menyerbu sebuah rumah di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor dan menangkap suspek pada 30 Disember lalu, kira-kira 4 petang.

“Suspek mengaku membunuh mangsa sebelum melarikan diri. Suspek mengambil barangan peribadi mangsa kemudian memandu kenderaan Ford Ranger milik lelaki itu dan menjual telefon bimbitnya.

“Kenderaan mangsa ditinggalkan di Rembau akibat kehabisan minyak. Suspek kemudiannya ke Klang dan bersembunyi di rumah rakannya sebelum ditahan polis,” katanya.

Katanya, polis merampas pelbagai barangan termasuk dompet mangsa daripada suspek mengandungi kad bank, telefon bimbit, tukul besi dan kunci Ford Ranger.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman tujuh hari di lokap Balai Polis Melaka Tengah,” katanya.

HarianMetro-

Tags: BERANGbunuhmajikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

Next Post

Anwar Tidak ‘Ambil Pusing’ Langkah Dubai

Related Posts

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

06/05/2025
0

Butterworth: Lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya pada bulan lalu....

Tiga Guru Antara Lima Ditangkap Bunuh Murid Dalam Ritual Tantrik Di Uttar Pradesh

Tiga Guru Antara Lima Ditangkap Bunuh Murid Dalam Ritual Tantrik Di Uttar Pradesh

27/09/2024
0

NEW DELHI - Polis di negeri Uttar Pradesh, utara India menahan lima orang, termasuk tiga guru, selepas seorang murid sekolah...

Next Post
Anwar Tidak ‘Ambil Pusing’ Langkah Dubai

Anwar Tidak 'Ambil Pusing' Langkah Dubai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd