• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Ditinggal Di Kaunter Pertanyaan Hospital

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Selepas Mirzan, Mokhzani Pula Disiasat SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki meninggalkan bayi lelaki dianggarkan berusia lima hari di kaunter pertanyaan sebuah hospital swasta di sini, 18 Disember lalu, selepas mendapati hospital berkenaan tidak lagi menyediakan khidmat pelindung ‘Baby Hatch’.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan bayi itu daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Beliau berkata, bayi berkenaan dirujuk ke HSA selepas dibawa polis untuk rawatan.

Menurutnya, berdasarkan laporan polis pada 19 Disember lalu, pengadu membuat laporan selepas seorang lelaki meninggalkan kanak-kanak di kaunter pertanyaan di sebuah hospital swasta pada jam 8.30 pagi, sehari sebelum itu.

Katanya, pengurusan hospital itu kemudian menempatkan bayi terbabit di taska pusat perubatan itu kerana menjangka warisnya akan tampil menuntutnya.

“Bagaimanapun, selepas tidak dituntut, bayi itu dirujuk kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Hasil semakan dengan polis, pelaku itu dapat dikesan dan dikenal pasti sebagai bekas majikan kepada ibu kandung bayi.

“Difahamkan, ibu kandung bayi itu meminta bantuan lelaki terbabit untuk menempatkannya di Baby Hatch di hospital berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, lelaki itu buntu selepas mendapati perkhidmatan itu tidak lagi disediakan oleh hospital.

“Lelaki itu kemudiannya meninggalkan bayi di kaunter pertanyaan hospital sebelum beredar,” katanya.

Adnan berkata, hasil pemeriksaan fizikal dan perkembangan bayi, pegawai perubatan menganggarkan bayi itu berusia lima hari ketika dirujuk kepada HSA dan kini berusia kira-kira enam minggu.

“JKM mengklasifikasikan bayi itu sebagai memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

“JKM juga memohon perintah di bawah Subseksyen 30(7) Akta Kanak-Kanak 2001 dan bayi berkenaan ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor bagi membolehkan kami menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Adnan berkata, bayi berkenaan dinamakan sebagai Kaisar Aryan.

Menurutnya, pihaknya berharap waris bayi berkenaan tampil menghubungi JKM bagi membincangkan masa depannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris bayi itu diharap dapat menghubungi Pelindung JKM di talian 07-2230606 atau 07-2232607.

BHonline-

Tags: bayihospitalkaunter pertanyaan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir Dua Bulan Ulang-Alik Hospital, Muss Barbarik Setia Di Sisi Isteri

Hampir Dua Bulan Ulang-Alik Hospital, Muss Barbarik Setia Di Sisi Isteri

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Hampir dua bulan menjalani rutin berulang-alik ke hospital, vokalis kumpulan Barbarik yang juga bekas anggota kumpulan rock...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd