• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

oleh Mohd Arshad
20/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Melayu juga akan ditawan dan ‘hilang tanpa perang’ ekoran tiada siapa yang ambil berat terhadap nasib bangsa itu ketika ini.

“Kita tahu negara dah hilang banyak, nak kata tidak tahu, tak boleh.

“Kita sudah hilang empat negeri di utara, Pulau Riau, Singapura dan Pulau Pinang.

“Kalau mereka (Melayu) sedar, ambillah tindakan sewajarnya.

“Kita tahu apa yang boleh dilakukan, umpamanya kalau ada wakil rakyat yang tidak bercakap (mengenai Melayu), kita nak mereka bercakap.

“Kita seolah-olah ditawan oleh bangsa lain tanpa perang.

“Kita kena sampaikan mesej ini,” katanya ketika Sesi Minda Negarawan: Iktibar 150 tahun Perjanjian Pangkor di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mengharapkan orang Melayu mengukuhkan perpaduan bagi mengekalkan bangsa itu di negara ini.

“Jangan dalam pilihan raya, nak keluar undi pun tak mahu, (Melayu) 65 peratus sahaja yang keluar, Cina pula 98 peratus (keluar mengundi). Itu kenyataan.

“Jadi kalau 400 yang hadir (program) dan setiap seorang jumpa dengan 10 orang lain dan bercerita apa yang dibincang hari ini mengenai negara hilang lagi 10 tahun, barulah mesej ini akan sampai kepada orang Melayu dan menyedarkan mereka,” ujarnya.

Julai tahun lalu, Mahathir turut dilapor berkata, identiti kaum Melayu tidak mampu kekal sebagai sebuah bangsa dan bakal kehilangan negara.

Dakwa beliau, ia berikutan pendatang asing menuntut Malaysia yang memberi kerakyatan kepada mereka ditukar supaya dijadikan negara berbilang bangsa.

SinarHarian-

Tags: BangsaHILANGMelayuTun Dr Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd