• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aminah Fail Kebenaran Semakan Kehakiman, Tuntut Kerajaan Segerakan Pelarasan Pencen, Bayar Tunggakan

oleh Mohd Arshad
12/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Aminah Fail Kebenaran Semakan Kehakiman, Tuntut Kerajaan Segerakan Pelarasan Pencen, Bayar Tunggakan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang pesara perkhidmatan awam, Aminah Ahmad memohon kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah memaksa kerajaan menyegerakan pelarasan pencen mengikut formula sebelum pindaan kepada Akta Penyelarasan Pencen 1980.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pada 27 Jun tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan pindaan terhadap Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 kurang memberi manfaat kepada pesara perkhidmatan awam, justeru mengisytiharkannya sebagai terbatal dan tidak sah.

Panel yang sebulat suara menolak rayuan kerajaan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kes saman difailkan Aminah, turut memutuskan peruntukan itu yang membenarkan kenaikan kadar rata sebanyak dua peratus setiap tahun, bercanggah Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan (perlindungan hak pencen) berbanding Akta Pelarasan Pencen 1980 sebelum ini.

Peguam Datuk Baljit Singh yang mewakili Aminah mengesahkan kepada pemberita bahawa pihaknya mengemukakan permohonan itu hari ini di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai responden pertama dan kedua.

Aminah memfailkan permohonan itu atas kapasiti peribadinya dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam.

Dalam permohonan itu, Aminah memohon perintah mandamus untuk memaksa responden menyegerakan pelarasan pencen kepada amaun kelayakan pencen mengikut formula dalam Seksyen 3 dan 6 Akta Penyelarasan Pencen 1980 sebelum pindaan di bawah Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013.

Beliau memohon perintah supaya kedua-dua responden melaksanakan pembayaran tunggakan pencen kepada mereka mengikut formula sama, dalam tempoh 14 hari atau pada masa yang ditentukan oleh mahkamah.

Beliau turut memohon perintah dalam bentuk perisytiharan, iaitu bahawa tindakan responden tidak membayar tunggakan berkenaan adalah tidak konsisten dengan Artikel 4(1), 5(1) (kebebasan diri) dan 8(1) (perlindungan sama rata) Perlembagaan Persekutuan.

Aminah memfailkan saman terhadap kerajaan pada 2017 di atas kapasiti peribadinya dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam, dengan mendakwa pindaan kepada Akta Penyelarasan Pencen menyebabkan keadaan yang agak merugikan kepada beliau berbanding skim pelarasan persaraan sebelum ini mengikut Akta Pelarasan Pencen 1980.

Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred berkenaan, bagaimanapun pindaan 2013 yang diperkenalkan adalah berdasarkan kadar rata (flat rate) dua peratus kenaikan tahunan.

Pada 13 Januari 2022, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada Aminah dan mengisytiharkan pindaan Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 yang berkuat kuasa mulai Januari 2013 adalah terbatal dan tidak sah kerana melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan memutuskan dengan pengisytiharan itu, keadaan semasa sebelum pindaan Seksyen 3 Akta Pelarasan Pencen 1980 akan terus diguna pakai.

Aminah yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar, mengemukakan surat tuntutan kepada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), serta pengarah Jabatan Pencen, pada 6 Oktober lalu.

Surat tuntutan itu dikeluarkan berikutan kegagalan kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mematuhi perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 13 Januari lalu (diikuti Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Jun 2023).

BHonline-

Tags: AminahPencenSemakan Kehakiman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lima Fokus Utama KPT Jadi Landasan Hala Tuju 2024

Next Post

Langkah Dubai: Empat Individu Dipanggil Beri Keterangan

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

Pencen Diselaraskan Selari Semakan Gaji Penjawat Awam – Menteri

Pencen Diselaraskan Selari Semakan Gaji Penjawat Awam – Menteri

05/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi jaminan bayaran pencen kepada lebih 931,000 pesara akan diselaraskan, selari dengan semakan gaji pegawai awam...

Next Post
Aminah Fail Kebenaran Semakan Kehakiman, Tuntut Kerajaan Segerakan Pelarasan Pencen, Bayar Tunggakan

Langkah Dubai: Empat Individu Dipanggil Beri Keterangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd