Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Baru Kahwin, Tauke Lancar...

BARU sahaja seminggu mendirikan rumah tangga, pelawak terkenal Tauke Jambu bakal mengeluarkan produk...

Garis Panduan Kelulusan Penganjuran...

Kuala Lumpur : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Tragedi MH370 Tidak Jejas...

PORT DICKSON - Tragedi malang pesawat MH370 Malaysia Airlines dan kes penculikan khususnya...

Hampir 3 Tahun, Sherry...

WALAUPUN makin popular dalam bidang pengacaraan, pelakon Sherry Al Hadad, 33, memberitahu masih...

4 Individu Termasuk CEO Persatuan Bola Sepak Direman Minta, Terima Rasuah Lebih RM6 Juta

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di sebuah negeri di utara tanah air kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah lebih RM6 juta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Januari depan terhadap keempat-empat suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki yang berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan sekitar jam 5.00 hingga jam 6.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi dirakamkan keterangan.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.


“Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap keempat-empat suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori