Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Budak Guna Lampu Pondok...

SETIAP hari selepas waktu persekolahan, Chen Xiaohua yang berusia 12 tahun, akan duduk...

Wajah Baharu Web BN...

KUALA LUMPUR – Laman sesawang berwajah baharu Barisan Nasional (BN) www.barisannasional.org.my yang dilancarkan...

Kedi Didakwa Bunuh Rakan...

KOTA TINGGI - Seorang kedi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Ramai Tergilakan Imma… Sayangnya...

LIRIKAN matanya yang menggoda, kulit yang halus, bibir dan rambut yang sempurna, tidak...

2024 – Bawa KPT Ke Tahap Yang Lebih Tinggi

KEPENTINGAN pendidikan terhadap sesebuah negara dan masyarakat bukan suatu perihal yang sukar untuk difahami.

Pendidikan adalah suatu dinamika bersifat tidak terhad yang bercirikan “going concern” yang mendamba penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Suatu ketika dahulu, mempelajari teori dan falsafah sudah mencukupi, tetapi era Revolusi Industri Keempat menuntut pengenalan nilai tambah dalam aspek pendidikan.

Automasi dalam sektor pembuatan dan perindustrian tradisional, menggunakan teknologi pintar telah menggesa kepada cabang ilmu baharu.

Jika tahap pendidikan kekal di takuk lama, maka sesebuah negara bersama anggota masyarakatnya akan ketinggalan ditelan arus zaman.

Islam sendiri amat mementingkan soal pendidikan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang sempurna untuk diri agama.

Ini kerana pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sosial dan ia satu fardu (wajib) keatas umat.

Justeru, Malaysia sebuah negara yang beruntung kerana mempunyai jentera pentadbiran semasa sangat mengutamakan pendidikan.

Peruntukan tertinggi RM58.7 bilion sektor pendidikan dalam Bajet 2024 membuktikan, namun suatu cabaran besar adalah untuk melaksanakannya.

Cabaran ini yang digalas oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam memastikan aspirasi kemajuan pendidikan tercapai.

Seperti kata beliau, tahun 2024 tahun amat penting kerana menyaksikan pelbagai implikasi muncul natijah daripada perubahan global.

“Arah aliran semasa global yang berkembang dalam nuansa Post-Normal Times yang ditandai “contradiction”, “complexity”, “chaos”.

“Mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat ‘perubahan’ adalah tidak terelakkan. Perubahan adalah aktor utama di pentas sejarah,” kata Zambry.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi dibawah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sedang memberi penekanan kepada lima fokus utama.

Penyediaan bakat terbaik negara, pengukuhan ekosistem penyelidikan dan inovasi serta pelaksanaan pendekatan baharu program pemindahan.

Begitu juga berkenaan perkongsian ilmu pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan pemantapan ekosistem pemboleh daya.

Kelima-lima aspek tersebut bukanlah sesuatu yang terlalu retorik, sebaliknya ia intipati tersahih dalam agenda pembangunan dan kualiti pendidikan.

Begitu juga berhubung saranan beliau dalam membina anjakan kemenjadian tradisi keintelektualan di universiti, politeknik serta kolej komuniti.

Pertama; penghasilan, penjilidan dan penerbitan korpus ilmu mengikut disiplin ilmu dan kebitaraan institusi dan kedua, program-program perkaderan kepemimpinan muda.

Saranan ketiga beliau, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) bertanggungjawab dalam menyediakan program kepimpinan.

Manakala saranan keempat beliau adalah mengenai penganjuran secara rutin dan berkala program “Festival of Ideas” yang masih kurang popular di Malaysia.

Hala tuju dan aspirasi itu bersifat ‘luar kotak’ apatah kedengaran berat untuk dikendong, namun seperti kata Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, ‘kecemerlangan bukan suatu pilihan’.

Sememangnya menjadi pemimpin yang berkesan perlu mempunyai ilham yang berkesan dan memastikan ia dinoktahkan dengan amat berkesan.


Kenyataan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir semasa program Landasan Hala Tuju KPT pada 12 Januari lalu itu disokong pemegang taruh pendidikan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPK), Dr Mohd Zahari Ismail menyifatkan aspirasi Menteri KPT di landasan tepat.

Kata beliau, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah memberikan hala tuju yang jelas untuk pendidikan negara walaupun baru mengendalikan KPT.

“Baru sebulan, tetapi landasan beliau adalah tepat bagi tahun 2024 termasuk dalam soal pemindahan ilmu daripada insitusi pendidikan.

“Isu ini isu yang besar dan diberi penekanan oleh menteri. Perkongsian ilmu akan dikembangkan oleh institusi pendidikan kepada komuniti.

“Perkongsian ilmu diturunkan kepada komuniti termasuk daripada sudut keusahawanan, pengurusan, perniagaan bagi membangunkan komuniti,” katanya.

Bagi Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Dato’ Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, universiti perlu terus menjadi medan pengasah dan pencipta bakat yang bertaraf global, dengan kapasiti holistik dalam sinergi kebolehan dan kompetensi intelektual serta kemahiran praktikal yang bersasar.

Universiti Malaya terus berada di persada tertinggi dalam melonjak masa depan negara dan kemanusiaan dalam aspek ini.

Tiga tumpuan strategi utama menjadi landasan baharu pembentukan pelan tindakan UM.

Pertama, memasyaratkan impak komuniti daripada kepakaran dan hasil penyelidikan UM.

Kedua, menganjak langkah mengindustrikan UM dalam membentuk rangkaian limpahan impak positif kepada pelajar, industri kritikal dan pembangunan negara.

Ketiga, memperkasa proses pengantarabangsaan dan memastikan impak global UM terus mengakar di pelosok strategi dunia dalam membawa jenama dan kapasiti universiti untuk memberikan pulangan kepada komuniti global dan juga reputasi negara.

UM membentuk ekosistem generasi baharu yang holistik dan agung dalam aspek high-skilled competency dan high performance mentality, dengan sandaran nilai dan norma negara.

Ekosistem komprehensif yang berdasarkan kepada ‘all of university and whole of industry approach’ menjadi sandaran utama dalam memastikan kepakaran digembleng dan sistem sokongan sistematik disalurkan kepada pembentukan hasil penyelidikan yang menjadi tumpuan global.

Fokus utama adalah penghasilan research outcome yang menghasilkan perubahan dan solution based approach kepada isu dan cabaran global dan kemanusiaan.

Menurut Prof Dato’ Seri Azuan, UM terus memperkasa sinergi keseluruhan penyelidikan dalam domain kritikal termasuk kesihatan, ekonomi hijau dan digital, kepintaran buatan, keselamatan tenaga dan mineral kritikal, teknologi berimpak tinggi dan lain-lain sebagai landasan teraju utama negara.

Pendidikan tinggi negara dan universiti di seluruh Malaysia perlu berani, teguh dan kental dalam perubahan dan reformasi sistem pendidikan, dengan mengambil kira tuntutan masa depan.

Sistem lama yang menghambat perkembangan baharu mesti dihentikan, dan UM kental dalam hasrat anjakan lembaran baharu.

Dalam perubahan ini, UM berpegang teguh dan terus yakin dan berani dalam membuat perubahan dan transformasi strategik, dalam usaha menggapai langit dan mencorak acuan baharu, dan tetap kental dalam norma dan nilai negara dengan UM bersinonim Home of the Bright, Land of the Brave.

-Mynewshub

  • Lagi berita berkaitan:
  • KPT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori