• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedi Didakwa Bunuh Rakan Wanita

oleh Ahmad Albab
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang kedi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh rakan wanitanya pada Disember lepas.

Mohd Hayattulnurul Mohd Ghazali Ejau, 27, mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Tinggi Hairul Azhar Mohamad.

Mohd Hayattulnurul dituduh membunuh Rovina Md Shariff, 37, antara 9.15 malam pada 10 Dis hingga 11 pagi 12 Dis tahun lepas, di hadapan sebuah pondok di ladang getah di Jalan Haji Salleh, Kampung Lukut dekat sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Feb ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, forensik dan kimia.

Di mahkamah sama, Mohd Hayattulnurul mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam badannya pada 8 Sept 2015.

Dia didakwa menurut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan polis tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.

Mahkamah menetapkan 13 Feb ini untuk menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan untuk kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: kes bunuhmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd