• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Bayi Tahun Baharu Lahir Di HTA

oleh AK-47
01/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
12 Bayi Tahun Baharu Lahir Di HTA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 12 bayi tahun baharu dilahirkan di Hospital Tunku Azizah (HTA) sehingga jam 7 pagi pada Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Hospital HTA, Dr Shamsul Anuar Kamarudin berkata, jumlah itu merangkumi tujuh bayi lelaki dan lima bayi perempuan, yang mana dilahirkan antara jam 12.01 tengah malam hingga 7 pagi di hospital berkenaan.

“Tiga bayi yang kita tunjuk pada hari ini adalah antara yang paling awal lahir.

“Paling awal adalah pada jam 12.12 tengah malam. Kemudian ada yang lahir pada jam 1 pagi dan 2 pagi,” katanya ketika sidang media Majlis Sambutan Bayi Tahun Baharu HTA pada Isnin.

Tiga ibu yang paling awal bersalin pada tahun baharu itu adalah Vivinah Chinniah, 33, pada jam 12.12 tengah malam, diikuti Putri Nila Rahmah Abu Zanar, 31, pada jam 1 pagi dan Norashikin Mohd Nor, 39, (jam 2.02 pagi).

Ujar beliau, menurut statistik HTA, purata kelahiran dalam tempoh satu hari adalah sekitar dalam 30 hingga 50 bayi.

“Jadi dalam setahun itu, kita ada dalam 12,000 sehingga 13,000 kelahiran bayi di HTA,” ujarnya.

Dalam pada itu, ulas Dr Shamsul, ibu bapa kepada bayi yang lahir pada tahun baharu itu turut menerima sumbangan sempena majlis tersebut.

“Antara sumbangan yang diterima adalah seperti hamper, barangan bayi, kerusi keselamatan kanak-kanak dan pelbagai lagi hadiah untuk bayi yang baru lahir,” menurutnya.

Turut hadir, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Lumpur, Muhd Mustafar Ghazandar dan Timbalan Pengarah Perubatan 3 Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Syafik Ismail Azman.

-Sinar Harian

Tags: Bayi Tahun BaharuHTA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd