• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sotong Manis RM50: KPDN Buat Penilaian Jawapan Pemilik Restoran

oleh Mohd Arshad
23/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mat Sabu Serah Kepada 27 Pimpinan Parti Tentukan Nasib Dirinya Esok
Share on FacebookShare on Twitter

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membuat penilaian jawapan yang diberikan pemilik restoran berhubung sotong manis yang dijual dengan harga RM50 seekor.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, notis telah dikeluarkan kepada pemilik restoran tersebut untuk memberikan jawapan tertentu berhubung tindakan mereka itu.

“Saya fikir sudah (beri jawapan) selepas dua hari mereka menjawab notis daripada KPDN dan kita akan membuat penilaian jawapan yang diberikan restoran itu secara rasmi.

“Kita akan melihat kalau ada pencatutan yang bermaksud harga asal mereka itu tiba-tiba dinaikkan dengan tinggi, itu kita boleh masuk untuk semak kenapa tiba-tiba ditingkatkan harga.

“Kalau ada peningkatan drastik barangan itu maka boleh diambil tindakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan trek larian getah sintetik di Padang Pekan Papar di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 bagi makanan sotong manis yang dikeluarkan kepada pemilik premis restoran yang menjual sotong dengan harga RM50.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar bagaimanapun berkata, masyarakat juga harus mempunyai kesedaran dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna untuk menyemak serta membuat penilaian berkaitan dengan harga yang ditawarkan peniaga.

“Hak-hak kepenggunaan ini juga perlu hadir bersama literasi undang-undang supaya faham mana yang salah, mana yang tidak.

“Sebab kita tahu restoran itu jawab mereka tidak memaksa (pelanggan membeli). Betul, restoran boleh menawarkan harga mereka, yang penting tanda harga aspek perihal dagangan itu dipatuhi.

“Jika harga itu sedemikian rupa, itu yang ditawarkan oleh restoran jadi pengguna mempunyai pilihan untuk memilih restoran kita mahu pergi,” katanya.

Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan seorang individu mendakwa pemilik restoran berkenaan tampil memberi penjelasan berhubung sotong manis dijual dengan harga RM50.

Isu berkenaan tular di media sosial dan KPDN Sabah telah memeriksa restoran tersebut sebelum tindakan diambil.

Pemilik restoran turut dikemukakan notis diberikan tempoh dua hari untuk membuat penjelasan sotong manis dijual pada harga RM50.

SinarHarian-

Tags: KPDNsotong manis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan kos operasi akan mengalami...

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd