• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Wanita Rugi RM730,000 Terpedaya Pelaburan Tak Wujud

oleh Mohd Arshad
29/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemandu Lori Didakwa Rogol Anak Di Hotel
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pesara syarikat swasta berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM730,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa wanita berusia 65 tahun itu pada mulanya berminat untuk menyertai skim pelaburan saham ditawarkan melalui aplikasi Instagram yang menjanjikan keuntungan sebanyak 20 peratus.

Beliau berkata, wanita itu seterusnya membuat pendaftaran melalui laman web Bitpanda yang merupakan platform saham bagi tujuan melabur dan telah memindahkan wang sebanyak RM730,000 dengan 19 transaksi ke 14 akaun berbeza bermula 20 April sehingga 9 Jun lepas.

“Mangsa yang menggunakan wang simpanannya dan pinjaman daripada rakan untuk melabur pada mulanya telah berjaya mengeluarkan wang keuntungan sebanyak RM5,000 sebelum laman web tersebut tidak dapat diakses, malah suspek turut meminta mangsa membuat penambahan wang untuk pelaburan itu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa yang menyedari terpedaya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

Bernama-

Tags: peasarapelaburan tak wujudRugi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

04/09/2024
0

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd