Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Seorang Suspek Kes Rasuah...

KOTA KINABALU - Seorang suspek yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung...

PPBN Kekal Sebagai Polisi...

KUALA LUMPUR - Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) akan diteruskan walaupun individu...

Kadar Parkir Di Stesen...

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) yang mengendalikan...

100 Rumah Perlu 100...

KUALA LUMPUR - Pembangkang membidas peringatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas polis meminta...

Pekerja Asing Perlu Jalani Tiga Saringan Kesihatan Baharu Termasuk Pengesanan Dadah

PUTRAJAYA: Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) menetapkan tiga syarat baharu bagi saringan kesihatan pekerja asing di negara ini, termasuk menjalani ujian pengesanan dadah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Syarat terbabit berkuat kuasa 16 Disember lalu ke atas semua pekerja asing termasuk yang baharu tiba serta mereka yang mahu memperbaharui prosedur proses pekerjaan.

Berdasarkan kenyataan disiarkan menerusi Facebook rasminya, FOMEMA memaklumkan, tiga ujian saringan kesihatan baharu itu ialah ujian Filariasis, Hepatitis C dan ujian pengesanan dadah Methamphetamine.

“Bermula 16 Disember 2023, sejajar dengan hala tuju Kerajaan Malaysia, FOMEMA memperkenalkan tiga ujian saringan kesihatan baharu dalam perkhidmatan kami.

“Ujian ini didorong oleh komitmen terhadap pertimbangan yang teliti, mengiktiraf keperluan untuk melindungi komuniti kita daripada potensi risiko kesihatan yang dibawa masuk ke Malaysia,” katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, sejajar ujian saringan baharu itu, bayaran bagi menjalani pemeriksaan kesihatan pekerja asing juga berubah dengan RM207 bagi lelaki, wanita (RM217) dan RM27 (pembatalan/pemulangan semula)

Selain itu, FOMEMA memaklumkan, majikan perlu melengkapkan proses pendaftaran bagi pekerja asing baharu dalam tempoh tujuh hari bekerja daripada bermula daripada tarikh ketibaan.

“Untuk mereka yang ingin memperbaharui prosedur pekerjaan, majikan perlu melengkapkan pendaftaran dalam tempoh tiga bulan

proses pendaftaran sebelum permit pekerjaan tamat tempoh,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori