• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Akan Sokong Kerajaan Persekutuan, Tegas Naib Presiden

oleh AK-47
23/12/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PAS Tak Akan Sokong Kerajaan Persekutuan, Tegas Naib Presiden
Share on FacebookShare on Twitter

PAS menegaskan pendiriannya menolak sebarang usaha yang dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapat sokongan pembangkang dan meningkatkan majoriti di Dewan Rakyat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata PAS dan PN akan terus menjadi “payung” kepada orang Melayu di Malaysia.

“Terima kasih kerana telah mengiktiraf kualiti PAS.

“Namun PAS tetap tidak akan bersama dengan kerajaan perpaduan yang retak menanti belah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Idris membangkitkan usaha Anwar untuk menarik sokongan pembangkang serta laporan berkenaan usaha perdamaian yang digerakkan pertubuhan Islam antarabangsa.

“Mungkin ramai yang bingung mengapa Anwar, meskipun dari sudut jumlahnya telah mencapai majoriti dua pertiga sokongan ahli parlimen, namun pagi, petang, siang dan malamnya bekerja keras untuk menarik sokongan bersama dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Pada Selasa lalu, laporan Free Malaysia Today memetik sumber yang mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang menolak usaha perdamaian dengan Anwar yang digerakkan Ikhwanul Muslimin, dua bulan selepas Anwar menjadi perdana menteri.

Menurut sumber itu, wakil pertubuhan itu datang ke Malaysia dua kali untuk mempertemukan Abdul Hadi dan Anwar tetapi tidak berjaya.

Mengulas lanjut, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang mendakwa usaha menarik sokongan PAS antaranya kerana pentadbiran Anwar tiada “faktor wow” yang selalunya menyusuli pelantikan perdana menteri baru.

“Apa tidaknya, semua agenda reformasi dan hentam kerajaan waktu menjadi pembangkang dilanggarnya.

“Mereka buat apa yang mereka hentam lunyai kerajaan sebelum ini…sekarang sudah terang lagi bersuluh,” menurut Idris.

Idris juga mendakwa pentabdiran Anwar gagal gagal menarik sokongan Melayu, manakala Umno terpaksa menyembunyikan “kuku dan taring” ekoran agenda peribadi pemimpinnya.

Berkenaan Amanah pula, dia menyifatkan parti itu kekal dilihat sebagai “anak emas DAP” dan tidak membawa nilai tambah kepada Anwar dalam usaha menarik sokongan Melayu.

Pada Oktober lalu, Anwar berkata pintu masih terbuka untuk PAS bersama-sama kerajaan, dengan syarat parti itu menerima bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dengan setiap rakyat mempunyai tempat mereka.

Pada 12 Disember lalu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin memberi amaran kepada ahli parlimen parti itu yang mereka boleh dipecat jika menyuarakan sokongan kepada Anwar di Dewan Rakyat.

Hashim memberi amaran itu selepas ahli parlimen Bersatu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa terdapat tujuh atau lapan lagi ahli parlimen PN akan menyuarakan sokongan kepada Anwar.

-Malaysia Kini

Tags: kerajaan persekutuanPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kapal Dagang Berkait Israel Diserang Dron Di Luar Pantai India

Next Post

Remaja Disambar Buaya Bantu Rakan Lepaskan Jala Tersangkut

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Subsidi Diesel: Armizan Sahkan Antara Disaman Termasuk PM, Kerajaan Persekutuan

Subsidi Diesel: Armizan Sahkan Antara Disaman Termasuk PM, Kerajaan Persekutuan

12/10/2024
0

KOTA KINABALU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan menerima writ saman daripada dua individu berkaitan...

Next Post
Remaja Disambar Buaya Bantu Rakan Lepaskan Jala Tersangkut

Remaja Disambar Buaya Bantu Rakan Lepaskan Jala Tersangkut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd