• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Turut Dilanda Banjir, Mangsa Meningkat Di Kelantan, Terengganu

oleh Mohd Arshad
24/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kapal Tangki Dari India Ditembak Iran – Pentagon
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjadi negeri terbaru dilanda banjir, manakala keadaan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu terus meningkat pagi ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Di NEGERI SEMBILAN, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam kenyataan memaklumkan sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Machang, Lenggeng susulan banjir kilat yang berlaku 1.30 pagi tadi.

“Seramai 68 mangsa daripada 16 keluarga dari Kampung Chelogeh, Kampung Batu 18 dan Kampung Sungai Jai ditempatkan di PPS tersebut. Trend air sungai mulai menunjukkan penurunan namun keadaan arus masih deras,” menurut kenyataan itu.

Di KELANTAN pula, jumlah mangsa meningkat kepada 856 orang daripada 235 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 778 mangsa daripada 215 keluarga malam tadi.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Kelantan, jajahan Jeli dan Tanah Merah menjadi kawasan terbaru dilanda banjir selepas Pasir Mas.

Di Jeli, sebanyak tiga PPS dibuka melibatkan SK Jeli 1, SK Legeh dan SK Kuala Balah manakala mangsa di Pasir Mas pula berlindung di SK Gual To’Deh dan SK Gual Periok sementara penduduk terkesan di Tanah Merah menghuni SK Legeh.

Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga di TERENGGANU turut dilaporkan meningkat kepada 340 orang daripada 91 keluarga setakat 10 pagi ini, berbanding 102 orang daripada 25 keluarga yang dicatatkan pada 8 pagi tadi.

Menurut sekretariat JPBN Terengganu sebanyak enam PPS dibuka di tiga daerah terlibat iaitu Dungun, Setiu dan Marang.

Di Dungun, seramai 303 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di empat PPS iaitu di SK Pusat, Dewan Serbaguna Kampung Shukor, Balairaya Bembam dan Dewan Orang Ramai Pasir Raja.

Di Marang pula, seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga berlindung di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai sementara di Setiu, 25 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke Balairaya Kampung Seladang.

Sementara itu, laman publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan empat sungai di Terengganu telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap dengan bacaan 21.72 meter (m), Sungai Setiu di Kampung Besut (17.69m), Sungai Telemong di Kuala Ping (20.1m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak (18.71m).

Bernama-

Tags: BanjirNegeri SembilanPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd