Friday, May 17, 2024

Creating liberating content

Beruang Kutub Dirakam Sebelum...

INI mungkin antara salah satu rakaman video paling tragis dan menyayat hati yang...

Isteri Maut, Suami Parah...

GEORGETOWN - Seorang wanita warga emas maut selepas digilis treler di persimpangan lampu...

3 Jana Kuasa Baharu...

KUANTAN - Sebanyak tiga jana kuasa baharu akan dibina secara berperingkat di Pahang...

2 Pemimpin Daesh Berjaya...

MANILA - Ketua Pertahanan Filipina pada Isnin berkata, dua pemimpin daesh yang mengepung...

MyDigital ID Bukan Sistem ‘Copy & Paste’

PUTRAJAYA : Sistem pengenalan diri dalam talian atau MyDigital ID yang digunakan kerajaan bukanlah bersifat copy and paste atau salin dan tampal daripada mana-mana sistem yang diguna pakai negara luar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu dimaklumkan Ketua Kluster Sektor Teroka Teknologi MIMOS Bhd, Dr Saat Shukri Embong, sekali gus menafikan andaian bahawa sistem berkenaan dibuat secara ‘adhoc’ atau tergesa-gesa sehingga memungkinkan timbul risiko termasuk potensi pencerobohan atau kecurian data.

Mengulas lanjut, katanya, MIMOS menjalankan projek penyelidikan mengenai platform pengesahan bersepadu sebagai sebahagian daripada pembangunan teknologi di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) seawal 2016 lagi, dengan mengguna pakai sepenuhnya bakat tempatan.

Justeru, beliau berkata, tidak sepatutnya timbul kesangsian dalam kalangan orang awam kerana proses itu dibangunkan MIMOS dengan begitu teliti.

“MIMOS memang ada rujuk pembangunan sistem identiti digital global pelbagai negara antaranya Estonia, India, Kanada, Maghribi dan Australia, namun sistem MyDigital ID ini kita hasilkan dengan mengikut keperluan, acuan dan teknologi yang dibangunkan sendiri bakat tempatan.

“Kita bukan ‘copy and paste’ macam tu sahaja (sistem mereka), tetapi kita kaji apa yang berlaku pada sistem mereka terutama dari segi masalah dan risiko yang dihadapi sebagai panduan untuk mantapkan sistem di negara kita,” katanya mengulas kebimbangan orang ramai mengenai pelaksanaan MyDigital ID oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan sesi taklimat berkaitan MyDigital ID bersama MIMOS di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kebimbangan orang awam berhubung risiko berlaku penipuan, kecurian dan sebarang pelanggaran membabitkan data pengguna, Saat Shukri menjelaskan MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data dan maklumat orang ramai, sebaliknya hanya berperanan sebagai sistem untuk mengesahkan pengenalan diri secara dalam talian berpandukan pangkalan data kerajaan sedia ada.


Malah, beliau berkata MIMOS juga tidak mempunyai ‘server’ atau pelayan untuk menyimpan semua data berkaitan kerana sistem dibangunkan pihaknya sekadar berfungsi sebagai pemudahcara dan untuk memproses transaksi pengesahan dibuat.

“Untuk kata ia kebal sepenuhnya itu mustahil kerana risiko tetap ada… dalam sistem MyDigital ID ini, risikonya cukup kecil kerana jika sistem diceroboh, tiada maklumat untuk dicuri kerana ia tidak menyimpan sebarang data.

“Ini kerana data berkenaan butiran peribadi disimpan agensi berkaitan seperti JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan Imigresen dan ia dilindungi undang-undang sedia ada jika berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Ditanya jika berlaku kebocoran atau telefon bimbit pemilik dicuri, katanya, pemilik boleh membatalkan segera pendaftaran dengan hanya satu panggilan sebelum mendaftar semula untuk mendapatkan sijil digital baharu.

Mengenai garis masa pelaksanaan, Saat Shukri berkata sekarang ini proses pendaftaran bermula dengan pembuat dasar dan kakitangan awam, sebelum ia diperluaskan kepada penerima bantuan kerajaan berdasarkan data PADU bermula Mac tahun depan.

“Kita jangkakan pendaftaran untuk orang awam lain akan bermula seawal Julai tahun depan selepas penggunaannya diperluaskan dan kini MIMOS sedang melakukan rundingan dengan pihak swasta yang berminat untuk menggunakan MyDigital ID.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori