• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Galak Pakai Pelitup Muka Di Sekolah

oleh Mohd Arshad
11/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Melaka Galak Pakai Pelitup Muka Di Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Kerajaan negeri menasihatkan ibu bapa serta pihak sekolah supaya menggalakkan pelajar memakai pelitup muka sepanjang mengikuti pembelajaran di sekolah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata ia susulan berlaku peningkatan kes penularan wabak COVID-19 di negeri ini sejak beberapa minggu lalu yang mungkin menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa.

Katanya, meskipun tiada arahan rasmi, khususnya daripada pihak Kementerian Pendidikan (KPM) atau Kementerian Kesihatan (KKM) berhubungan pemakaian pelitup muka, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan pelajar memakai pelindung keselamatan itu.

“Tiada arahan (rasmi) pemakaian pelitup muka dalam kalangan murid serta pelajar sekolah, tapi kita galakkan mereka memakainya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Melaka tersenarai tempat ketiga mempunyai kes penularan COVID-19 di negara ini selepas mencatatkan sebanyak 333 kes.

Setakat kelmarin, Selangor merekodkan angka harian tertinggi dengan 902 kes diikuti Kuala Lumpur (532), Melaka (333), Perak (132), Negeri Sembilan (127) dan Pulau Pinang (108).

Putrajaya pula merekodkan 73 kes baharu disusuli Sabah (73), Kedah (72), Pahang (62), Sarawak (57), Kelantan (40), Johor (19) dan Perlis (9).

KKM sebelum ini menjangkakan, peningkatan kes COVID-19 berikutan sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi, namun Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, dilaporkan berkata peningkatan kes itu juga sudah dapat dilihat sejak kebelakangan ini dan tidak membabitkan kes berisiko tinggi.

BHonline-

Tags: Melakapelitup mukaSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd