• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDN Lakukan Rampasan Dengan Nilai RM7.76 Juta Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
30/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JPNT Benar Pelajar Terjejas Banjir Berpakaian Biasa Ke Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan merekodkan peningkatan dalam tindakan penguatkuasaan pada 2023 berbanding 2022 menyaksikan 621 kes babitkan pelbagai kesalahan dihasilkan bagi tempoh hingga 25 Disember lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, tindakan penguatkuasaan bagi tahun ini meningkat 29 peratus berbanding 482 kes pada 2022.

“Jumlah nilai rampasan yang direkodkan turut meningkat ke RM7.76 juta berbanding RM3.44 juta tahun lalu. Sebanyak RM648,050 jumlah kompaun dan RM235,801 jumlah denda mahkamah turut direkodkan pada 2023.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 25 Disember 2023, kami menjalankan 34,212 pemeriksaan di seluruh negeri dan berjaya menghasilkan kes bagi pelbagai kesalahan termasuk 324 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga berjaya menghasilkan sebanyak 123 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, 106 kes mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, 53 kes membabitkan Akta Perlindungan Pengguna 1999, 11 kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan empat kes mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

“Bagi tempoh sama juga, sebanyak 1,445 aduan diterima dan diselesaikan. Saluran aduan yang kerap digunakan oleh pengguna di Negeri Sembilan adalah melalui saluran Portal E-Aduan, saluran QR kod Aduan Suri, saluran Aplikasi EzAdu dan juga saluran whatsapp KPDN.

“Manakala kategori utama aduan yang diterima daripada pengguna adalah berkaitan transaksi dalam talian, harga barang dan juga berkaitan perkhidmatan mengelirukan,” katanya.

Justeru beliau berkata, KPDN Negeri Sembilan akan terus konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN.

Mengulas mengenai pemeriksaan sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Perayaan Krismas dari 23 Disember hingga 27 Disember lalu, beliau berkata, tiada kesalahan dikesan ketika pelaksanaan skim itu.

HarianMetro-

Tags: KPDNNegeri SembilanRampasan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JPNT Benar Pelajar Terjejas Banjir Berpakaian Biasa Ke Sekolah

Next Post

Penunggang Motosikal Cedera ‘Dilanggar’ Pejalan Kaki

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

KPDN Pantau Bazar Ramadan, Pastikan Peniaga Tak Ambil Kesempatan Jual Terlalu Mahal

KPDN Pantau Bazar Ramadan, Pastikan Peniaga Tak Ambil Kesempatan Jual Terlalu Mahal

16/02/2025
0

PUTATAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) akan melakukan pemantauan di Bazar Ramadan seluruh negara, tahun...

Next Post
Penunggang Motosikal Cedera ‘Dilanggar’ Pejalan Kaki

Penunggang Motosikal Cedera 'Dilanggar' Pejalan Kaki

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd