• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Periksa Unit Kediaman Tidak Berpenghuni

oleh Mohd Arshad
17/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Periksa Unit Kediaman Tidak Berpenghuni
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Beberapa unit kediaman tidak berpenghuni melibatkan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini selesai diperiksa polis pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemeriksaan berkenaan dijalankan dipercayai sebagai usaha mencari petunjuk dan bukti baharu berkaitan kes Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Antara yang terlibat dalam pemeriksaan itu adalah anggota Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pemeriksaan dijalankan melibatkan aras tiga dan empat bangunan Blok R terbabit yang dijalankan 17 anggota polis yang tiba di pekarangan Blok R di kira-kira jam 3 petang sebelum pemeriksaan berkenaan dipercayai selesai kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, usaha mencari bukti serta petunjuk baharu berkaitan kes ini masih dijalankan pihaknya.

“Setakat ini tiada mana-mana individu boleh dikaitkan dalam kes bunuh mangsa.”

“Operasi mencari bukti masih diteruskan dan turut melibatkan sekitar lokasi penemuan mangsa,” katanya.

Pada 6 Disember lalu, mangsa yang berumur enam tahun itu ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 10 malam.

Mangsa, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dipercayai dibunuh itu ditemui oleh kumpulan pihak berkuasa dan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

SinarHarian-

Tags: kes bunuhpolisZayn Rayyan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd