• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isham Jalil Akan Terima Surat Pemecatan Dalam Tempoh Terdekat

oleh Mohd Arshad
08/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isham Jalil Akan Terima Surat Pemecatan Dalam Tempoh Terdekat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Isham Jalil akan menerima surat pemecatannya dalam masa terdekat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Beliau akan terima (surat), dalam waktu yang paling singkat,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran MyNEXT dan Pertukaran Dokumen Memorandum (MoC) Transformasi Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET), sempena Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani, di Bukit Jalil, hari ini.

Semalam Isham Jalil berkata walaupun belum menerima surat pemecatannya, beliau sudah disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp MKT.

Ia susulan laporan media bahawa MKT UMNO mengumumkan pemecatan Isham Jalil yang sudah menjawat Ahli MKT bagi penggal kedua.

“Saya belum dapat surat. Yang saya tahu mereka telah keluarkan saya dari WhatsApp group MKT UMNO malam semalam (kelmarin),” katanya.

Isham yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO sebelum ini dipilih sebagai Ahli MKT sebaik berakhir pemilihan parti itu awal tahun ini.

Selain Isham, UMNO juga memecat beberapa pemimpinnya sebelum ini termasuk bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

UMNO juga menggantung beberapa pemimpinnya termasuk bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

BHonline-

Tags: Ahmad Zahid HamidiIsham Jalilsurat pemecatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoalkan jumlah sebenar keuntungan bersih tambahan yang diperoleh Petronas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd