• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Belang Masuk Perangkap, Ditembak Pelali

oleh Mohd Arshad
20/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kapal Israel Disekat Berlabuh Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seekor harimau belang yang dijumpai berkeliaran di kawasan penempatan penduduk dekat Ulu Kinta di sini telah ditangkap pada Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Harimau jantan dianggarkan berusia 4 tahun itu ditangkap sekitar jam 4.30 pagi di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tanjung Damai dengan menggunakan tembakan peluru pelali.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, tembakan dilepaskan selepas haiwan seberat 90 kilogram itu memasuki perangkap yang dipasang pihaknya susulan menerima aduan orang awam.

“Tindakan awal cuba menghalau haiwan itu ke kawasan habitat telah dilakukan, namun tidak berjaya menyebabkan keputusan diambil menerusi tembakan pelali.

“Harimau ini kemudiannya akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Difahamkan, seekor kambing telah digunakan sebagai umpan pada perangkap dipasang.

Yusoff berkata, haiwan yang ditangkap itu adalah harimau sama yang dikesan berkeliaran di laluan sekitar Kampung Orang Asli Sungai Tonggang ke Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta minggu lalu.

Katanya, setakat penelitian dilakukan, ancaman haiwan pemangsa di kawasan itu hanya melibatkan kehadiran seekor harimau.

“Dakwaan tular mengatakan ada lima ekor harimau muncul di kawasan ini tidak benar kerana pemantauan dibuat mengesan kehadiran seekor sahaja.

“Kita yakin, harimau yang ditangkap ini adalah haiwan sama yang dijumpai penduduk beberapa hari lalu sepertimana video tular,” katanya.

Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan kelibat seekor harimau berlegar-legar di laluan Kampung Orang Asli Sungai Tonggang ke Kem PGA Ulu Kinta.

Perhilitan negeri yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, kemungkinan harimau itu keluar dari kawasan habitatnya di Hutan Simpan Bukit Kinta kerana kekurangan sumber makanan.

SinarHarian-

Tags: harimau belangpelaliPerangkap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh

Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh

03/01/2025
0

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak masih meneruskan usaha mengesan harimau belang yang dipercayai menyerang...

Pemandu Lori Langgar Mati Harimau Belang Belum Buat Laporan Polis

Pemandu Lori Langgar Mati Harimau Belang Belum Buat Laporan Polis

11/11/2024
0

IPOH: Pemandu lori yang melanggar mati harimau belang di Kilometer 67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd