• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Generator Rosak Punca Gangguan Elektrik Di CIQ Johor – Exco

oleh AK-47
06/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Generator Rosak Punca Gangguan Elektrik Di CIQ Johor – Exco
Share on FacebookShare on Twitter

Gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru berpunca daripada kerosakan pada salah satu daripada set generator di premis itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata sebelum ini, kompleks berkenaan hanya menerima bekalan elektrik daripada satu punca dan kerajaan menyediakan tujuh set generator sebagai punca bekalan elektrik tambahan.

“Pagi tadi berlaku sedikit kekecohan di CIQ BSI khususnya apabila dewan laluan pejalan kaki berlaku putus bekalan susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerja itu dijadual bermula pukul 8 malam hingga 4 pagi.

“Sewaktu kerja-kerja dimulakan, tujuh set generator beroperasi dengan baik, kemudian satu daripadanya rosak kira-kira pukul 11 malam, sehingga berlaku penutupan keseluruhan bekalan pada pukul 2 pagi sebelum bekalan elektrik kembali pulih pada pukul 9.30 pagi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar di Iskandar Puteri hari ini.

Mohamad Fazli berkata walaupun sistem e-Gate tidak berfungsi dalam tempoh itu, tetapi sembilan kaunter laluan kontra beroperasi dengan baik dan berjaya menyuraikan pengembara antara Malaysia dan Singapura.

Bagaimanapun beliau berkata kejadian itu tidak menjejaskan pergerakan keluar masuk pengembara antara kedua-dua negara, berikutan terdapat beberapa laluan lain telah disediakan sebelum ini.

“Pihak kami bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, sedang mengkaji laluan punca bekalan elektrik baru untuk dijadikan alternatif bagi kompleks itu, sekali gus memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Langkah penambahbaikan ini termasuk melakukan ujian pelaksanaan terhadap semua set generator beserta beban penggunaan, berbanding prosedur sedia ada yang dibuat tanpa beban penggunaan,” katanya.

Mohamad Fazli berkata set generator yang rosak, akan diperbaiki terlebih dahulu dengan kos dianggarkan sebanyak RM800,000 bagi ketujuh-tujuh set generator.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kejadian itu sebagai menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

Menerusi komen dalam hantaran Onn Hafiz itu, kebanyakan pengguna merungut dan kesal dengan kejadian itu, kerana terpaksa beratur panjang dan lama dalam kepanasan terutamanya warga emas dan kanak-kanak.

-Malaysia Kini

Tags: CIQ JohorExcoGangguan ElektrikGenerator Rosak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

27/08/2025
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan...

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

05/07/2025
0

Tanjong Malim: Kerajaan negeri akan bertemu dengan penggiat industri rokok elektronik, atau vape, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan larangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd