• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO Baharu KWSP Diumum Dalam Masa Terdekat

oleh AK-47
12/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
CEO Baharu KWSP Diumum Dalam Masa Terdekat
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diumumkan dalam masa terdekat susulan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II berkuat kuasa pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menerusi kenyataan, KWSP menjelaskan Amir Hamzah sudah melaksanakan peranan penting dalam pertumbuhan dan kejayaan KWSP, serta memberikan komitmen tinggi terhadap kecemerlangan dan inovasi sepanjang perkhidmatannya sebagai CEO.

Antara pencapaian utama beliau termasuk memimpin KWSP melalui pelbagai kitaran ekonomi dan cabaran, di samping mencapai pertumbuhan positif dalam pendapatan pelaburan secara konsisten, tambah dana persaraan itu.

Menurut KWSP, hala tuju strategik dan kepimpinan Amir Hamzah nyata berkesan dalam mengekalkan daya tahan pelaburan dan operasi, selain memastikan KWSP menjadi tonggak kepada jaminan persaraan yang teguh untuk ahli.

“Pihak lembaga, pengurusan dan seluruh kakitangan KWSP mengucapkan tahniah kepada Amir Hamzah atas pelantikan sebagai Menteri Kewangan II dan yakin bahawa kepimpinan beliau akan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara,” menurut dana persaraan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pada sidang media di Putrajaya, Anwar turut mengumumkan penyusunan semula beberapa kementerian berdasarkan keperluan semasa.

Menteri baharu yang dilantik termasuk Amir Hamzah (sebagai Menteri Kewangan II) yang dilantik senator.

Amir Hamzah kini adalah teknokrat kedua di Kementerian Kewangan yang mempunyai latar belakang korporat selepas bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang pernah berkhidmat sebagai CEO Kumpulan dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd dari 27 Februari, 2015 hingga 9 Mac, 2020.

Beliau menyertai KWSP-dana persaraan terbesar negara dari segi pengurusan aset-sebagai CEO pada Mac 2021.

Sebelum bersama KWSP, beliau ialah Presiden dan CEO Tenaga Nasional Bhd (TNB) dari April, 2019 hingga Februari, 2021.

-Harian Metro

Tags: CEOKWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd