Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Lelaki Buat Kerja Rumah...

KUALA LUMPUR - Stigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja-kerja wanita di...

Jangan Jadi ‘Bangang Politik’...

SHAH ALAM: Jangan jadi 'bangang politik' dan berhenti menjadi bodoh atau 'pak turut'...

Buang Bayi Tepi Ladang...

Pendang : Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru lahir ditemukan berselimut kain batik...

Mesej Whatsapp M’sia Diserang...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin bahawa Malaysia menjadi...

5 Ditahan Terbabit Pergaduhan, Pegang Pistol

Georgetown : Lima lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dengan pergaduhan dalam kejadian di Perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai, Sungai Pinang di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki warga tempatan itu dikatakan berlaku akibat perselisihan faham.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 2.30 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, polis menahan seorang lelaki yang mengalami cedera di kepala dan berlumuran darah serta memegang pistol.

“Polis turut menahan empat lagi lelaki di lokasi yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu

“Polis turut mengejar kereta dinaiki suspek disyaki terbabit dalam pergaduhan sama, namun berlaku perlanggaran antara kedua-dua motosikal yang dinaiki anggota polis berkenaan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Mengulas lanjut Saravanan berkata, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham antara kumpulan lelaki berkenaan.

Katanya polis turut merampas sepucuk pistol dan sebilah senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan terbabit.

“Lelaki warga tempatan berusia 25 tahun yang cedera di kepala itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Manakala empat lagi yang berusia 24 hingga 34 tahun direman selama empat hari sehingga 8 Disember,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh) dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori