• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Kes COVID-19 Dikesan Di PPS Kelantan, Terengganu

oleh Mohd Arshad
31/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
20 Kes COVID-19 Dikesan Di PPS Kelantan, Terengganu
Share on FacebookShare on Twitter

JELI : Sebanyak 20 kes COVID-19 dikesan membabitkan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu dari 22 Disember lalu hingga semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata daripada jumlah itu, 15 kes dilaporkan di Kelantan manakala lima kes lagi di Terengganu.

“Kesemua kes COVID-19 yang dilaporkan adalah stabil dan terdiri daripada kategori dua (17), kategori tiga (dua) dan kategori empat (satu).

“Kes COVID-19 kategori empat adalah warga emas dengan komorbid hipertensi tidak terkawal, namun pesakit terbabit telah discaj dari Hospital Jeli di Kelantan, semalam,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Jeli 1, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNK) Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata setakat ini sebanyak 297 pasukan perubatan, 286 pasukan kesihatan, 102 pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) dan 286 pasukan promosi digerakkan ke PPS seluruh negara bagi memberi perkhidmatan kepada mangsa banjir.

“Sehingga hari ini, tiada keperluan bantuan mobilisasi petugas ke negeri yang terlibat banjir, namun kita sentiasa bersedia untuk menggerakkan pasukan mobilisasi ke negeri terjejas banjir sekiranya diperlukan.

“Selain itu, sebanyak 123 Bantuan Awal Psikologi (PFA) turut dijalankan kepada petugas kesihatan bagi mengesan awal masalah kesihatan mental untuk memberi rawatan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit sentiasa dilakukan oleh pasukan kesihatan di PPS seperti pemeriksaan tempat penyediaan makanan, pemantauan kualiti bekalan air, pemusnahan tempat pembiakan nyamuk dan sebagainya bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.

-Berita Harian

Tags: Covid-19PPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Setakat jam 9.30 pagi ini terdapat 2,827 mangsa daripada 838 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd