• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wahab Buat Laporan Polis Terhadap Mr H

oleh Mohd Arshad
30/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Wahab Buat Laporan Polis Terhadap Mr H
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, mendedahkan identiti individu disebut sebagai ‘Mr H’ yang dikaitkan dengan kes video tular membabitkan dirinya dengan bekas Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, dalam laporan polis, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguamnya, Faizal Abd Rahman, berkata Abdul Wahab ketika tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini, turut mendedahkan peranan individu itu yang didakwa sebagai dalang dalam kes panggilan video terbabit.

“Hari ini, kita membuat laporan polis terhadap Mr H, dan Abdul Wahab sebagai pengadu memberi kerjasama sepenuhnya meliputi video serta beberapa perkara tambahan yang lain.

“Sudah tentu siasatan hari ini lebih lama berbanding semalam (rakaman percakapan di Bukit Aman). Ini kerana semalam Abdul Wahab hadir sebagai saksi tetapi hari ini sebagai pengadu,” katanya kepada pemberita selepas Abdul Wahab membuat laporan dan selesai memberi keterangan di IPD itu.

Faizal berkata, kenyataan diberikan pada sidang media 17 November lalu adalah sama tetapi dalam proses siasatan polis, skopnya lebih luas.

Ditanya mengenai kertas siasatan kes itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, esok, beliau berpuas hati dan gembira dengan tindakan polis yang melengkapkan siasatan dengan segera.

“Saya tidak nampak mengapa siasatan ini perlu dijalankan lebih lama. Saya gembira dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa siasatan kes ini selesai dijalankan.

“Apapun, selepas meneliti segala fakta, kita percaya hanya Mr H yang sebenarnya dalang di sebalik semua krisis ini,” dakwanya.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran terperinci mengenai identiti Mr H kepada umum, sehingga perkara itu diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata tiada keperluan untuk mendedahkan identiti Mr H kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan.

Sebelum ini, tular video perbualan antara Mohammad Agus dengan Abdul Wahab menerusi media sosial, sebelum kedua-duanya mengadakan sidang media pada 17 November lalu serta mendakwa rakaman itu bertujuan menjatuhkan kredibiliti Mohammad Agus dengan didalangi individu dikenali sebagai Mr H.

BHonline-

Tags: Abdul WahabAgus YusoffMr. H
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bukan Saya Mr H’ – Syam Ghaz

‘Bukan Saya Mr H’ – Syam Ghaz

07/12/2023
0

KOTA BHARU: Naib Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Hisyamuddin Ghazali menafikan dakwaan kononnya beliau individu dikenali 'Mr H' yang dikaitkan dengan...

Selepas 3 Jam, Wahab Masih Beri Keterangan Di IPD Kajang

Selepas 3 Jam, Wahab Masih Beri Keterangan Di IPD Kajang

30/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Selepas hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan kes fitnah terhadap bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd